Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Ramadhan 16 - Iftar With Fahrin Ahmad

Sy dapat e-mail dr Johan Ahmad "Terima kasih kerana sudi hadir untuk berbuka puasa dgn FA..bla...bla...bla..."

Disebabkan tempat tu kat Shah Alam buatkan sy nak pergi. Kalau luar dr Shah Alam confirm takkan punya. Sesat dan sy berkawan baik! Sigh. Eh tak baik mengeluh bulan puasa.

Johan cakap kul 6pm. Tapi second email Johan informed jam 530 pulak. FA pulak kata dia sampai jam 5pm. Tapi sy sampai jam 530 pun FA tak datang lagi. Johan kata FA on the way.

Apa saje lah yg disibukkan Johan nie. Oh ya, Johan Ahmad nie adik kepada Fahrin Ahmad :-). 


FA sampai kat cafe tempat yg Johan arrange utk berbuka pun almost 6pm. FA sibuk layan peminat dalam cafe nk tangkap gambar. Layan jgn tak layan peminat :-). LS duk luar jerrr.


Hoi apa ko nie nak gaduh ker? Meh laa tengok sape kuat. - JA

Mentang badan ko lagi besar dr aku ko nak ajak bertumbuk pulak. - FA

Sketsa kehidupan.


Apa nie tak baik gaduh tau. Meh kita berbaik dan tangkap gambar sama2. Johan tu dah rupa bodyguard. HAHA.


Oke2, korang mesti mcm "tinggi nyerrrrrr FA". Sebenarnya FA tak tinggi sgt. Biasa2 jer cuma badan tough laa :-). Sy pun tak lah pendek sgt*walaupun hakikatnya dah pakai wedges 2inci*.Tapi kenapa dalam pic boleh jadi mcm nie? Sy sendiri pun bila tgk pic nie "OMG kenapa FA mcm tinggi sgt bila sy kat sebelah dia?"


Sy takde shooting laa hari nie. Oke2, sila contact sy esok-sent.


Fahrin, boleh tak bla...bla...blaaaa.... -LS

Ok, boleh. Nanti Fahrin dtg. Jap eh.-FA

Ohh melting ! :-)

Buka puasa dgn FA kat Cafe Warisan Asli, Shah Alam. Sedap FA arrange buffet. Sume lauk pauk sedap belaka. Pulak tu sume lauk pauk adalah lauk kegemaran sy.

Famili FA pun ada sekali. Adik beradik, ipar duai dan anak2 buah. Johan dtg with his wife and two kids. Mak FA takde.

Menu :

  1. Ayam masak rendang
  2. Sotong goreng tepung (Ohh soooo Terengganu. Thanks FA. Dia pun ckp kene dtg lagi cafe tu b'cse of the sotong goreng tepung)
  3. Paru goreng berlada
  4. Telur dadar
  5. Daging masak blackpepper
  6. Ikan pari masak asam pedas
  7. Telur masin
  8. Sayur campur
  9. Ayam goreng berempah
  10. Kerabu
  11. Mee kari
  12. Cucur udang
  13. Pelbagai kuih muih

 Makanan dan sy tak dpt dipisahkan seperti isi dgn kuku. Nasi sikit jer tp lauk pauk kemain banyak. Teringat sotong celup tepung yummy !

FA ajak tengok badminton olimpik. Lepas buke pose terus naik tingkat atas Maghrib dulu. Adoiiii la LS terlupa bawak telekung. LS pinjam telekung org. FA naik dulu. LS turun pun dh kul 8 lebih. Tengok FA tengah layan badminton olimpik final. Ramai nyer org kat situ. LS duk luar jerr. Punya semangat FA. Siap nk belanja semua org kat kedai tu. Ktorg buka pose kat cafe sebelah kedai tu. Tapi tgk badminton kat kedai sebelah cafe sb tmpat ktorg tu takde tv. Oh sedih.

FA bajet badminton finished by 845pm. Tapi tak oke, DLCW still struggled utk menang emas. FA lari pegi surau untuk teraweh. Disebabkan terrrrrlupa bwk telekung, sy lepak kat cafe jer. Bukan lepak sesajer jerr tapi sambung makan cucur udang. Pergghhh sedap. Lepas tu makan aiskrim pulak. Dasar tak pergi teraweh.

Bila FA dah siap teraweh dia pulak sambung makan aiskrim.


Sedap tengok FA makan aiskrim. Tapi sy sudey kenyang.

Sy borak dengan Johan. Dia nie comel dan kelakar. Asyiklah kene usik suh Joe bukan akaun fan page. Joe cakap kalau die bukak fan page nanti ade laa 3 org jer yg like ! HAHA. Pulak tu Joe asiklah kene usik sebab ramai nak tangkap gambar dgn die jugak. Joe cakap kene tempias.

Joe cerita kat sy, dlm iklan kopi kapal api tu Joe salah seorg pelakon. Joe cakap dia tak percaya dalam tv dia nampak dua kali ganda lebih besar. Lawak oke.


Oke, Johan cakap dia nampak dua kali ganda lebih besar dalam tv kan. Cer tengok pic nie. Sy pulak  yg rase sy nie dua kali ganda lebih besar bila duk sebelah Johan. Tempias tempias !


Joe asiklah kene usik dgn famili dia bila tangkap gambar. "Hoiii baju merah tu artis ker?". Muahahahaa.


FA sibuk melayan peminat nak tangkap gambar. Sy kesana kesini amik kuih makan dan makan.  Keluar pulak bihun goreng. Keluar pulak muffin coklat. Kau boleh sabar mcm tu? Haishhhh lah makanan.


Heyyyy ! Put ur hand's down !

Ehh jangan salah sangka. FA tak salam dan tak buat mcm tu if peminat muda. Kalau peminat laki baru dia salam dan lepak satu table. Ini golongan makcik2 FA bolehlah layan mcmtu.



Nak balik tapau food dulu k - FA

Adoiiiii tak larat dah nie - LS

Tak aci laa mcm nie - FA

FA lepak lagi kat cafe. Tapi sy dah tak larat. Sy jumpa FA cakap thanks apa suma lah kan for the iftar nie. Dapat beramah mesra dan enjoy with the delicious food.

Here last pic of us before sy balik :-).


Cer tengok pic of us, sape lah lebih excited ? Me or him ? :-P

2 comments:

Ardini Humaira said...

waa bestnye! :D

Zayani Zulkiffli said...

wah~ untung la jumpa ngan fahrin. simple je die kan. :)