Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Sy, Ramadhan & Kesibukan

Alhamdullilah, kita berada di penghujung 10 malam terakhir Ramadhan.

Tapi puasa ramadhan sy mungkin sampai disini saje. Entahkan sempat berpuasa di kg atau tak. But hopefully  nak puasa lagiiiiiii. Waaaaaaa.

Tahun nie banyak sy 'miss' puasa. Sebab haritu demam. Muntah2 bagai. Makan ubat tido makan ubat tido. Hari ke-3 demam period pulak sampai lah hari nie. Menangis haku kalau demam sebab sakit badan yg amat ! Rasa berdenyut2 seluruh badan macam dah takde upaya nak gerak. Tahan jer untuk berbuka. Malam before tido haku muntah banyak yg amat. Time buke makan bubur mc d dan ayam goreng. Muntahkan balik macam makan seperiuk bubur dan jugak 4 kotak ayam. Terus tubuh jadi lesu. Soksek soksek nangis tengah malam. Dah 2 tahun tak demam teruk. 2 tahun lepas kebetulan time demam sy kat kg. Muntah memanjang. Pg hospital doc cakap demam panas dan urine test tu kotor. How bad. Menangis jangan cakap lah mata terasa panas giler airmata mengalir laju. Ayah tanya nak makan apa, ayah keluar beli. Bila Ayah balik ckp nak suruh belikan menda lain pulak. Bila dah beli cakap nak menda lain lagi. 3 kali Ayah ulang ke kedai. Kasih seorg Ayah terhadap si anak bongsu :-).

Tapi sy degil tetap pegi ofiis. Tak lama pun kat ofis, ko masuk toilet ko muntah kemain banyak gilerrrrr. So terus pg klinik. Then balik umah makan ubat, tido, muntah, makan ubat, tido muntah.

Skrg Alhamdulilah dah sihat. Mood nak balik beraya pun semakin berkobar2 even sy tak shopping apa2 pun. Iye, baju sehelai pun tak beli. Apatah lagi utk org tua.  InsyaAllah still got a few days before heading Terengganu.

Percaya tak kalau sy kata yg sy sekalipun tak pergi bazar utk cari juadah berbuka this year? Macam kurang percaya kan? Tahun nie sy beli kat kedai. Malas nak pegi bazar sebab ramai org, petang2 parking pun susah. Balik kerja singgah terus beli makanan berbuka.

Dulu sy selalu masak. Siap speghetti lagi tuuuuu. Tapi skrg sibuk kerja. Skill memasak terus takde. * Sigh *. Manalah skill masak nie pegi. Terus blur bila nak masak. Even kek coklat ke'terror'an sy tu pun dah lama giler sy tak baking. Kalau skill masak still ada, boleh buat kek utk raya kan? Hah tadi baru jer contact kwn kat kg sy order kek coklat utk raya nanti. Apadaaaaa !

Malam nie nak start packing barang utk balik raya. Nak minimumkan kuantitii barang peribadi. Kalau lah boleh kan? Tak ingat ker last year balik raya sorg2 barang penuh bonet kete? Itu baru barang seorg. Kalau dah kawin nanti barang encik suami atas bumbung kete lah jawabnya. Hamboiiiii !

Tata~





No comments: