Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Hometown


Bismillahirrahmanirrahim,

Lama LS tak update entry. Udah LS kata yg LS sibuk yg amat. Kerja kerja kerja ! LS balik kg jugak tgk Ayah yg baru discharge dr ward lepas buat small operation masukkan tiub dibahagian perut sebelum dialisis buah pinggang. Bff LS text die kata nie lah masa kite pulak jaga org tua. Adoiiiii sebak LS bace text dr die. I love you bff !


Masih ingat dgn kereta ini? Kereta yg membantu LS tatkala LS pulang ke kg menaiki bas express. Jadi kereta nie akan parking kat rumah LS berhari2 stok buat mcm kereta sendiri. Terima kasih tuan kereta.
Setiap pagi LS mandikan Ayah, kasi makan dan kasi ubat. Kwn ajak lepak pun LS tolak. LS Cuma kata if free LS akan roger dorg. Somemore dorg tahu yg LS sibuk jaga Ayah. Tapi ada jugak yg dtg kat rumah. Haa, ini lagi senang. Ls boleh tgk Ayah at the same time kat rumah. 



Waktu malam ktorg adik beradik ber’barbeque kat rumah. Makan sambil lepak. Kawan ajak keluar minum LS tolak lagi. Takper, kite spend time kat rumah tatkala Ayah tak sihat. Minum air kat rumah jer lah eh.


Kereta ini jugak LS guna waktu kat kg. Sikun si emak LS lah.  Satu pagi si emak mintak LS ker pasaraya beli groceries. Emak kasi duit beli barang dan duit minyak. Ok, bagus si anak berkata dlm hati. Tapi  sebelum keluar rumah banyak kali si anak duk ulang sebut barang2 yg patut dibeli. Sebab si anak punya tahap ingatan bukan utk long term punya. If long term bermaksud akan ingat sehingga tiba di pasaraya. Tapi ingatan si anak hanyalah sekadar short term sahaja dimana senarai barang2 yg akan dibeli akan hilang dr ingatan satu persatu. Sigh.

Lepas settled hal beli groceries tu, LS ada keluar lg dgn memandu sikun si emak. Kejadian pelik berlaku tatkala LS membelok di sebuah traffic light. Tahukah korg tiba2 *nada cemas* satu dentuman kuat kedengaran dr belakang. Dalam kepala mestilah ada org hentam sikun si emak dr blkg kan? Bila LS tgk dr cermin takde pulak kereta follow rapat. Sambil drive sambil LS fikir bunyi dentuman apakah yg sgt kuat tu tadi. Ok, fikir fikir fikir.

Sekali lagi bunyi dentuman yg kuat. Hah pintu bonet terbukak! Alah patut pun bunyi kuat sgt. LS parking tepi betolkan pintu bonet. Rupanya kunci pintu bonet tu rosak. LS drive pelan2 balik rumah. Sikun si emak pulak pintu bonet stok bukak dr tepi. Itu yg kadang terbukak akan tertutup sendiri. Dan ada jugak terbukak dan terus terbukak. Wa ilek jer parking tepi 4 kali sebelum sampai rumah. Tak segan pun org tengok. Cuma LS takut if ada kereta follow rapat nanti karang pintu bonet hentam kereta orang pulak.
Balik rumah tak pulak  LS menangis sambil hentak2 kaki mengadu malu sebab bonet terbukak. Kan LS jenis tak kisah. If org lain confirm malu. Eh mcm goood good jer. Menyampah tahu tak!

LS cuma sempat keluar makan dgn jiran LS. Kebetulan dia ada kat kg that day. Dia mintak LS amik dia. Ok, wa tarak hal laa asal kan ade kete. LS guna sikun si emak.

“Duan, kete nie pintu bonet jammed. Duan malu dok kl pintu terbuke?”

“Dakpe, Sue bwk slow2 laa”

Bagus, dia pun sepesen sy jugak. Tak malu pun kan kan kan ?
Terima kasih for the dinner Rizuan Zainal.



Emak ajak pg kenduri. Dan LS takde baju kurung. Tapi LS pinjam baju kakak. Huh besor selebeh baju die. Dah la ku sarung baju pinjam besama selipar jepun. Arghh belasah jer lah. Tak payah nak smart2.


Satu petang emak masak nasi ayam. Dan ktorg adik beradik lepak ber’picnic depan rumah sambil menjamu nasi ayam. Sesekali mcm nie best ah kan.
Aktiviti lain, LS hanta anak buah ke kelas taekwondo. Lepas tu singgah MC D sebab haritu dah janji nak belanja utk birthday. Budak2 darjah 1 kita belanja MC D pun dia dah suka sgt kan. Jimat !.



Ok, ini satu keajaiban berlaku sebab LS berjaya memandu Storm. Wahahahaa ajaib lah sgt kan. Bukan apa, LS bangga sebab korg tahu LS sgt lah lemah lembik. Sebelum nie kalau sape2 jerit suruh LS alihkan Storm kepunyaan kakak parking kat luar rumah LS cepat2 ckp “mane org reti. Storm tu besor”. Tapi skrg kasi jer bas, lori semua LS boleh drive. Takat2 kete kecik  mcm Walkswegan Golf, Mini cooper atau Suzuki Swift tu jgn ckp ah kan. Berlagak !

Waktu kt kg jugak, Pakcik kwn LS meninggal. LS pg menziarah. Sempat LS sedekah kan bacaan Yaasin depan arwah. Sambil baca Yaasin sambil LS kesat airmata dgn lengan baju. Sebak semacam. Al Fatihah.
4 hari kt kg terasa tak puas. Tapi bila mengenangkan kerja kat office rasa mcm nak terus fly balik Shah Alam. Bukan lah kerja sampai boleh jadi kaya tapi cukup lah utk menampung perbelanjaan LS. Lg pun, rutin harian berubah bila kat kg. Rasa mcm tak boleh tak pegi kerja. Sebab dah terbiasa. If 2hari tak keje ok lagi, masuk hari ketiga mula terasa lain.

LS rindu korang sebenar benarnya. Agak2 korg cari LS tak? Agak2 ada tak yg hari2 masuk blog LS tapi hampa bila takde new update entry. Sorry so sgt. I miss u too.
LS-

No comments: