Assalamualaikum.
Selepas 4hari balik Shah Alam, LS balik kg lagi. Kali nie
lama. Maybe seminggu maybe jadi 2minggu. Bukan amik annual leave lepak kat
rumah tp sebab jaga Ayah kat hospital untuk dialisis buah pinggang.
Jiran LS dr kg berbaik hati utk amik LS kat Shah Alam.
“Jangan balik naik bas. Aku amik esok”
Dia msg jer ckp mcmtu. LS tak tanya banyak. Kete memang
tinggal kat Shah Alam.
Kwn LS dtg berdua. Lepas Maghrib die amik LS kat rumah. Dia
memang dtg Shah Alam semata utk amik LS. Gerak dr Terengganu pun dah kul 3
lebih. Hah, kemain laju. Kurang 5jam dah sampai Shah Alam.
Macam biasa kl kwn dr kg dtg, ktorg akan makan kat KL. Eh,
bukan lepak hardrock tau. Ktorg nie takat2 org kg stok lepak makan ikan
singgang jer. Tapi tambah lg satu menu, kerang bakar. Sape requested kalau
bukan LS yg makan.
“Aku dokleh makan kerang. Aku geli”
Eh, takat2 makan kerang kwn LS kate geli. Sepak kang ! Tapi
dia makan lah jugak. Bila kerang besar die pass kasi LS. Die kata geli tgk
kerang besar. Korok Mung !
Macam LS penah bgtau yg makan kat lorong2 kecik belakang
bangunan dekat area Chow Kit mcm tu jangan expect murah sgt k.
Pandai cakap mahal tp lepak Starbucks segelas air dah RM18
tak pulak cakap mahal. Eh kau nie LS.
Itu Starbucks, ini belakang lorong, mestilah mahal. Ok, nak
jugak menang. Amek lah !
Lepas lepak situ, ktorg ker Danau Kota pulak. LS super pelik
sebab bila kat kg LS ajak pegi pasar malam kwn LS kata malu. Dia ckp die tak
pegi pasar malam. Kirim kat adik2 jer suruh beli.
Tapi kat KL kemain nak lepak Danau Kota, Uptown, Downtown.
Tak ker sama tu? Stok pasar malam jugak !
Lepas tawaf Danau Kota, ktorg menuju ker KL Festival City.
Kat situ ada satu cafe baru bukak since last year tapi skrg dah ada 7 branch.
Nama cafe tu Dr. Cafe. Ala2 Starbucks. Ais blended pun sedap. Decoration sgt
tip top. Sofa sgt best. Harga minuman lebih murah dr Starbucks. Tapi kek lebih
mahal dr Starbucks. Memang cool gilerrrr
wa ckp sama lu. Cuba korang try !
Tapi kat dalam cafe tak boleh snap pics. Nape ehh? So sebab
tu takde gambar cafe. Kl tak confirm LS tepek kat sini supaya korang percaya.
Eh, LS tak tipu eh. Memang cafe tu lagi cool dr Starbucks.
Lepas minum, ktorg gerak dr KL jam 1.30am. LS setting tempat
tido dalam kete kemain baik punya. Bantal sandar kat pintu dan luruskan kaki.
Fuh, macam atas sofa. Lepas puas macam tu, LS baring pulak dan tertido.
Sedar jer dengar kwn
LS ckp polis ! Eh ada roadblock pulak. Terus LS bangun tengok jam 3.30am. Mak
aishhh laju nyer 2jam dah boleh sampai Kuantan. Giler ! Patutlah LS rasa
melambung2. Kemain speed tak hengat.
Encik polis : Dari mana?
Driver : KL
Encik polis : *Sambil suluh belakang, kwn LS turunkan cermin
sebab tinted sgt gelap confirm encik polis tak nampak LS yg cun nie* Yang
belakang tak pakai seatbelt.
Driver : Dia baru bangun cik
Encik polis : *Suluh plet kete pulak* Nombor kete dgn huruf
tu kene jarak. Tengok mcm tu *Sambil tunjuk kete polis die*
Driver : Ye cik, mintak maaf cik
Encik polis : Mintak maaf jer? Parking tepi ! * Dengan suara
garang *
Ls tengah mamai2 kat belakang. Datang lagi sorg polis bawak
buku saman. Driver keluarkan lesen tapi encik polis ckp tak perlu. Dan die
lepaskan ktorg tanpa saman. Fuh, nasib baik tu selalu ada. Kalau kene saman tak
ker haru kene bayar RM+++.
Terus LS teringat kat torbo hitam LS yg ditinggalkan tu.
Plet ktorg sama.
Tapi kan, LS pelik kenapa polis nak saman pasal plet pulak?
Cermin glap tak pulak die nak ckp! Lagipun yg saman benda macam nie JPJ bukan
polis. Ini stok2 nak mintak duit kopi. Bukan nak saman. Tapi polis yg lepaskan
ktorg tu baik. Cakap pelan2 jer. Dia Cuma tanya dari mana nak pegi mana. Mesti
kwn dia bengang kan sebab lepaskan ktorg tanpa duit kopi. HAHA !
LS kemain lah bosan dalam kete. Lepas baring, sandar kat
pintu. Lepas tu kiri, lepas tu kanan. Lepas tu sanadar kat seat depan.
Start dr Kuantan baru lah si driver drive pelan2. Eh tak
pelan2 jugak. Kul 530 ktorg sampai Dungun. Makna nya 4jam jer dari KL.
Sampai umah LS todi jap. Pagi terus siap2 hantar Ayah ke
hospital.
Tata-
No comments:
Post a Comment