Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Terengganu - Melawat Ayah Day III

Selamat pagi K.Terengganu, sy masih disini :-)


Tak malu nak cakap yg sy mcm batak bila berada di K.Terengganu. It's owesome babeh ! Tak malu jugak nk bagitau sy jarang sekali ke K.Terengganu. Setahun mungkin ada sekali. Patutlah ada kawan bgtau dia suka stay Terengganu even dari kecik. So no wonder lah dia selalu tanya sy taknak balik duk Terengganu ker? Now, bila sy berada di K.Terengganu baru sy sedar bandar nie best dan owesome! Tengok tempat jugak, kalau kat Dungun mcm takde apa2, Kemaman pun mcm biasa jugak. Tapi kalau nak best dtg lah K.Terengganu. It's really2 awesome i tell u ! Believe me :-).

Hari ketiga kat hosp. sy jenguk ayah dulu. Then before doctor dtg check up patient around 9am, semua penjaga tak dibenarkan berada dalam ward. So sy bagitau ayah sy nak jalan2 kat Pasar Payang lagi. Nanti waktu melawat 1pm -2pm sy dtg balik.

Sy dan kawan ( jiran kat Dungun ) breakfast kat Pasar Payang. Nasi Air dan Sotong Celup Tepung ! Gilerrr sedap !!! Gilerrr kalau cakap tak sedap. Macam2 food boleh jumpa kat sini. Huh, sampai jeans pun boleh ketat dalam masa 3 hari *sigh* Mcm mana nie ? Lepas makan sy pusing2 kat bawah Pasar Payang, tengok boat dan pemandangan sungai yg tenang dan semesti awesome !


Boat nie bawa penumpang dari Seberang Takir ke bandar K.Terengganu. Boat akan singgah di jetty Pasar Payang. Tambang cuma RM1 utk sehala.

Nie jetty tempat boat hantar/ambil penumpang

Suka tengok keindahan sungai.. Tenang dan semesti awesome
!
Lepas tu sy mendaki Bukit Puteri. Tak jauh pun cuma depan jetty tempat boat tadi. Ketinggian tak pasti berapa kaki. Tapi agak2 mcm kita naik tangga tingkat 4 jer. Pemandangan dari atas sgt cantik.

Bila dah sampai atas kita boleh nampak pemandanagn jetty dan sungai.

Kat sebelah bahagian tepi Bukit Puteri boleh nampak pemandangan bandar.

Actually sy pernah datang sini one time mase sekolah rendah. Ayah yg bawak kalau tak silap mase tu dalam standart 4. Tapi dulu tempat nie takde lah cantik mcm sekarang.

Bukit Puteri nie sebenarnya tempat sejarah. Ada beberapa bijik meriam yg dipamerkan. Dan juga cerita mengenai sejarah dulu2.

Ini adalah lubang ubat bedil. Mengikut sejarah yg ditulis, lubang ubat bedil ini digunakan utk menyimpan bedil yg digunakan semasa berlaku peperangan saudara pada tahun 1831 & 1839.
Dari atas bukan saja boleh nampak pemandangan bandar tapi juga sungai kat belakang Pasar Payang.

Testing.. Testing..


Yang ini namanya Genta. Kira loceng besar yg digunakan utk memberitahu jika berlaku sesuatu musibah seperti kebakaran atau peperangan.

Oh ya, nak naik atas nie ada bayaran. Dah sampai atas nanti ada sebuah pondok pengawal dan boleh buat bayaran disitu. Tak mahal pun, cuma RM1. 

Sesuai utk bawak anak2 jalan2 waktu cuti sekolah nie. Juga sesuai utk photoshoot kahwin :-)

Turun dari Bukit Puteri duk fikir2 lepas nie nak pergi mana. Tengok jam baru 11am. Waktu melawat ayah jam 1pm-2pm. Sy nie nak sgt naik boat. Tapi kawan sy ckp takde apa2 kat Seberang Takir. Food court kat jetty Seberang Takir pun bukak waktu ptg. Sebab sy nakkkkkkk sgt naik boat sy duk pujuk kwn ckp kita naik jer nanti sampai sana tak payah turun then patah balik ke jetty Pasar Payang. Boat tu pun sy tengok tak tunggu penumpang lama2. Ada 2,3 orang pun dia jalan jugak. Tapiiiiii kwn sy tu kata tak payah ! T___T.

Bila lagi lah agaknya boleh sampai sini? T___T.



No comments: