Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Terengganu - Melawat Ayah Day III - Part II

Sambungan dari Terengganu - Melawat Ayah Day III.

Kawan sy tu kan taknak bawak sy naik boat pergi Seberang Takir T___T.

Tapi dia duk sibuk call kawan2 dia tanya tempat nak naik boat. At the end dia bawak jugak sy naik boat. Weeeehooooo~ Ok, kita park kete dulu dengan senyuman yg penuh dijiwa :-).


Bukan naik boat biasa tu tapi naik cruise ! Sapa tak suka kan? Naik cruise pusing2 pulau. Awesome !


Kami ker Taman Tamadun Masjid Kristal. Nung di hujung Bandar. Perjalanan dalam 15minit dari bandar. Dan ini kali pertama sy sampai Masjid Kristal :-). Kebetulan kami sampai tu, dah ada orang register utk naik cruise. So tak payah tunggu lama. Tiket cuma RM10 utk dewasa. Kami cuma beli tiket naik cruise. Kalau utk pakej RM20 termasuk melawat Taman Tamadun Islam. Kat dalam tu ada replika Masjid Kristal dan banyak tempat menarik utk bergambar. Dan juga disediakan perkhidmatan sewa basikal utk pusing Taman Tamadun. Kalau tak ikut harga pakej utk naik cruise RM10+RM15 utk masuk ke Taman Tamadun. So kalau harga pakej boleh jimat RM5. Taman Tamadun Islam cuma bersebelahan dengan tempat jetty cruise.

 Lepas beli tiket ada sedikit taklimat keselamatan oleh jurucakap cruise. Beliau menerangkan cara pemakaian jacket keselamatan dengan betul.

 Heheeee... Semangat nie nak naik River Cruise.. :-D

 Muka excited lebih bila cruise mula belayar.. Eceh !
 Eh2..,  Jam Merah tu nak interframe jugakk.. Dah 2,3 bulan tak tukar kaler.. Nanti lah eh kalau rase nak guna kaler Putih atau Hitam.

River cruise yg sy naik hari tu penuh dengan penumpang. Ok, nampak tak jurucakap cruise berdiri kat depan tu? Beliau menerangkan tentang perjalanan kami yg mengambil masa 45minit mengelilingi pulau. Beliau akan tunjukkan pulau dan kami melalui tempat2 pembuatan kapal2 besar yg berharga hampir 30juta ! Omg!

 Seronok naik river cruise, kami berselisih dengan kapal nelayan dan orang2 kampung. Mereka melambai2 kami dalam cruise. Ramah sungguh mereka kan? Sy suka K.terengganu to the max !

 Banyak pulau yg kami kelilingi dan juga kampung2 penduduk setempat. Bila tiba dibelakang masjid Kristal cruise kami berhenti selama 5minit utk penumpang cruise bergambar.


 Ok, dah selesai naik cruise. Dah pun pukul 1pm. Waktu melawat ayah kat hosp. pulak.


Selamat tinggal river cruise. I like youuuuuu.. !

Terus sy kawan sy pecut ke hosp. Berdering2 phone sy kakak & ayah call tanya kat mana. "Kejap2, A kat area hosp. jugak nie, ayah nk kirim ker?" Heeheee.. !

Siap melawat ayah, teman kakak dan emak mkn plak kat Batu Buruk. Lepas tu check in kat Batu Buruk Beach Resort. Wah best giler hotel nie tepi pantai. 

 Dari bilik terus selak langsir nampak swimming pool. Tenang sungguh pemandangan kat K.Terengganu nie.

Then kami semua turun bawak teman anak buah swimming.

 Lepas swimming naik atas salin baju. Then jalan2 kat Pantai Batu Buruk. Ada pulak menatang alah nie. It's AVT actually tapi dorang main atas pasir pantai bukan dalam hutan. Much fun ! Sewa motor transformers nie cuma RM13 dan boleh pusing2 around 15-20 kali sampai battery habis.

 Lepas main AVT kami jalan tepi pantai. Ada satu event anjuran Quicksilver. Terengganu Quiksilver Best Event Surf Contest.  Ada games dan main papan luncur. Wah best gilerrrr ! Best gilerrrrr tengok org main lah, bukan sy yg main. Muahahaaa!

 Gilerrr best bersantai tepi pantai plus ramai gilerrrr org. Dah rasa mcm kat oversea plak. Macam2 ragam pengunjung kat sini.

 Patutlah kawan sy kata best duk K.terengganu sebab banyak aktiviti. Much much much fun here babes !

 Happening lah event anjuran Quiksilver nie. Mane tak happening, kata Quiksilver !


Ramai org main papan luncur, ramai jugak yg mandi mandi. Ada sebijik belon Quiksilver kat dalam air. Best ah event nie.


Pas jalan2 tepi pantai nie, sy,emak dan kawan gerak balik Dungun. Sy pun dah kehabisan pakaian nak stay kat K.Terengganu. Elder sis stay kat hotel. Senang dia nak gerak pegi hosp. tgk ayah. Kami sampai dungun around 8pm. So tired. Malam tu tidur sy lena selenanya.

Ok, bye :-)

No comments: