Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Terengganu - Melawat Ayah Day II

Selamat pagi Kuala Terengganu :-)

Pagi2 lagi dah bangun jam 6am. Kes yg tak boleh tido tu lah. Terus mandi dan solat. Sambil bersiap sambil kejutkan kakak solat Subuh.

Jam 7am dah gerak pegi hosp. Dekat je pun hotel ngn hosp. Tapiiii.., terkial2 sy drive sebab kereta pinjam tu gear automatic ! Ngeh3 ! Ok2, sy last drive kete gear auto nie masa end of January this year. Mau tak terkial2 tangan kiri asyik nak action mcm nak tukar gear. Walhal dah auto kete tu senang jer kan? Lagi satu 1st time break tu mak aishhhh mcm boleh buat drift kot ( ok tipu :-P ). Bukan apa, kalau bwk kete manual ofkos kita tekan cluth sampai habis then tekan break kan. Dalam kepala nie mcm bwk kete sendiri, sebab tu tersalah tekan break sampai habis ! Tapi sekali jer kejadian mcm tu berlaku. Lepas tu dah ok. Steady :-P.

Pegi hosp. jumpa ayah. Temankan ayah then keluar jalan2 kat Pasar Payang ngn 3rd sis. Huhuuuuu best kat sini. Jujurnya sy last datang Pasar Payang masa sekolah rendah. Ayah yg bawak pegi situ. Dan sekarang suasana masih sama, masih ramai org. Kalau bab food jangan cakap lah, memang heaven ! Lepas round Pasar Payang ktorg balik hotel. Lepak makan sambil sembang2. Tak cukup ngn food kat pasar, sy call kawan mintak hantar Mc Donalds sebab 3rd sis dr semalam nak mkn ayam goreng spicy tp takde rezeki jugak. "ayam goreng spicy takde, ayam goreng original jer yg ada". Boleh lah burger pun burger lah plus ice cream.

Lepas makan sy mandi bersiap nak check out jam 1pm. Packing sepantas kilat sebab nak pergi tgk ayah kat hosp.

 Hotel nie not bad lah.. Air cond sejukk.. tapi kenapalah sy tak boleh lena *sigh*

 Wardrobe pun ok, kerusi single pun ok tp ktorg tak duduk pun kasi letak barang jer.. Peti ais pun ada cuma tak berapa nak sejuk.

 Aircond sejuk sgt, so pagi tu ktorg bukak kipas jer, punnn sejukk jugak..

 Hoii bersepah tahap pemalas. Dua2 pemalas dan dua2 stock suka sepahkan bilik bila tido hotel. "org suke duk hotel sebab tak pyh susun brg mcm kat bilik" Sapa setuju dan sependapat dgn sy ? :-P

Before check out, kasi inter frame adik beradik sikit. Sapa agak lagi cun? Me or her? Ngehngehngeh..

Ok, petang lepas solat Jumaat tu ramai dtg melawat ayah. Jiran2 dan saudara mara. Jadi sy kat hosp. sampai petang. 3rd sis dah balik petang tu. Tinggal sy sorg jer teman ayah. Emak tak dpt datang sebab kurang sihat. 

Malam tu sy keluar makan dgn kawan. Actually kawan sy nie jiran kat Dungun. Dia pun datang melawat ayah jugak and stay kat K.Terengganu. Itu yg senang sy nak gerak dr hotel sebab guna kete dia. Nak beli barang ayah pun senang. Kawan sy stay kat somewhere yg dekat jugak dengan hosp. dan hotel. Itu yg senang guna kete dia jer.

Lepas makan ktorg lepak kat Padang Maziah. Eh2.., ada pokok2 lampu mcm kat I-City Shah Alam.

 Teehee~ Sama tak? Boleh tahan ramai lah org lepak kat sini. Tak terasa mcm kat Terengganu tapi mcm kat Dataran Merdeka KL.. Hehee..

 Try zoom-ing juga digital Samsung. Not bad lah :-D. "Allah Peliharakanlah Terengganu"


Lepas lepak tu sy pusing2 kat tempat Monsoon Cup. Bukan pusing2 dalam air tp kat  area situ2 lah. Wah heaven sungguh angin laut tengah2 malam. Then ada jugak ala2 Uptown, Downtown, Danau Kota dan apa2 lagi lah yg org KL panggil town2 tu.. Meriah jugak, ramai org. Belum pusing kat Kg Cina lagi, dah rasa mcm kat Melaka sebab bangunan mcm pekan koboi. I Likee !

Malam tu sy tido hosp. Mata dah pedih kan. Nak tido kat sebelah katil ayah tak lena. Nak lepak kat kerusi tempat menunggu bawah pun tak lena. Last sy pergi tempat parking tido dalam kete. Huh sib baik tak de nyamuk. Lena sampai subuh ! Sib baiklah seat kete dah mcm sofa. Itu yg lena terlebih2 plus mlm sebelum tu kat hotel kan tak tido *sigh*