Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Gelak Tergolek

Satu malam sy mengadap lappy sambil update blog kat ruang tamu. Housemate plak lepak depan sy sambil baca buku. Sambil baca sambil gelak, baca lagi gelak lagi. Tapi sy tak pasti buku apa. Cuma sy dapat agak maybe dia baca komik Ujang. Sebab dah banyak kali tengok orang baca komik Ujang sambil gelak. Ok, sy biarkan dia gelak2 dan sy teruskan update blog.

Lepas siap update blog, sy tengok dia tinggalkan buku yg dia baca tadi kat hall. Jadi sy pun amik dan tengok. Tajuk buku Gelak Tergolek. Oh rupanya dia baca novel. Tapi kan, kenapa baca novel tapi gelak-gelak? Selalu kan kita baca novel mesti cintan-cintun dan sedih menangis. Contoh terbaik : Tangisan Bulan Madu yg sy baca waktu form 3 sambil kesat hingus.

Sy pun belek2 novel tu. Baca mukasurat pertama pun sy dah gelak. Rupanya novel nie memang sama mcm novel lain berkisarkan tentang cinta tapi yg bezanya novel nie berkisarkan kisah cinta lucu. Watak utama bernama Rahman merupakan seorang lelaki yg lurus bendul. Bermula dr temujanji pertama dengan kekasih hati, tibalah waktu nak menikah, lepas nikah, dapat anak, semua buatkan kita gelak.






Rahman : "Aku terima nikahnya Siti Maimun binti Ibrahim dengan mas kahwinnya tiga puluh rakaat tunai"

Tuk Kadi : "Tiga puluh ringgit ! Bukan tiga puluh rakaat. Orang sembahyang terawih pun tak sampai tiga puluh rakaat"

HahaahihiiHeheeHohooHuhuu !!!

No comments: