Siapa lagi nak tolong kita kalau bukan diri kita sendiri. Kita nak yg kurus, jadi kita kene usaha, mane boleh main passing lemak kat orang lain. Hahahehehihihohohuhuuuuuuu.. Geram !
2 Hari lepas boss ajak lunch sama. Borak2 dengan boss. Beliau kata " U dah kurus sekarang " Eh2.., manede.., sama jer and lagi tepat kalau kata dah semakin besar.
Sy cuba untuk memiliki badan seperti berumur 18 tahun ! Kalau tak boleh pun cukup lah badan sy kembali seperti berumur 20 tahun. Lepas 21 tahun badan semakin mengembang tahun demi tahun. Sekarang nie kalau nak kekalkan bentuk badan mcm sekarang dengan berat 55kg, atau nak tambah lagi sgt2 boleh. Tapi untuk turunkan berat badan sgt2 susah ! *Sigh*
Mungkin perubahan hormon pabila meningkat umur. Tapi sy belum berkahwin apatah lagi memiliki anak ! Kenapa senang sgt berat badan naik ? Mungkin juga aktiviti sehari yg mempengaruhi kadar pertambahan lemak. Dulu zaman belajar of course hari2 turun naik tangga sampai ke 4th floor. Fikirkan assignment, test, exam, itu yg tak senang hati dan mempengaruhi metabolisma kita.
Tapi sekarang pun takde lah senang hati. Kerja jugak. Still panjat tangga jugak. Waktu tidur juga mempengaruhi kenaikan berat badan. Skip breakfast juga mempengaruhi berat badan. Ini kerana perut kita kosong dalam jangka masa yg lama, bila tiba lunch hour tentulah kita melantak dengan banyak. Sekali isi seperti nak isi utk stok 2 hari makan. Itu kene jaga !
Senang cerita, jangan skip breakfast. Amalkan pemakanan yg sihat. Tidur yg cukup. Sekurangnya lakukan senaman seminggu sekali kalau kata "i bz lah takde masa nak jogging even berat badan i dah naik".
Gambar nie 11 bulan yg lepas :
Ini 11 bulan yg lepas, sekarang 11 bulan telah berlalu, maknanya bertambahan lepak semakin maju dan jaya :-(.
Sekian.
No comments:
Post a Comment