Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Tawaran Pengurangan Kompaun Kenderaan

TAWARAN PENGURANGAN KOMPAUN KENDERAAN SEHINGGA 70%

Majlis Bandaraya (MBSA) sedang memberi tawaran kepada semua kenderaan yg pernah disaman oleh pihak MBSA. Saman apa lagi kalau bukan saman parking kan? Haa.., tu lah sapa suruh tak bayar parking? Ok, mungkin leceh nak bayar parking setiap hari, kadang2 dah lewat nak kejar punch card, mungkin juga tiada syiling. tapi MBSA ada jalan penyelesaian. Beli lah Pas Parking yg dijual oleh MBSA, tak mahal cuma RM60.00 utk sebulan. Tak kira lah bulan tu ada 28 hari ker, 30 hari ker, mahupun 31 hari. Ia tetap dikira sebulan bermula tarikh kita beli. Senang, jimat masa, dan tak perlu rushing. 

Pas bulanan boleh digunakan di semua kawasan Shah Alam. Jangan risau, Shah Alam yg merupakan bandaraya Anggerik nie sgt luas, so tak rugi kalau kita spend money utk pas bulanan daripada kene bayar saman RM30. itu pun kalau kita bayar dalam tempoh seminggu. Kalau lebih sebulan dah naik RM100. Tak ker bazir tuh ? Kita boleh call pihak MBSA utk dapatkan pas Bulanan dan bayaran adalah secara tunai bilamana encik MBSA dtg hantar ke tempat kita. Tiada bayaran tambahan, service charge, charge delivery dan sebagainya. Cakap jer kat mana, zaaappppp terus encik MBSA sampai :-) Mesra kan ?

MBSA tengah offer saman parking up to 70% bermula 1hb Oktober 2011.


Sy tak check pun saman parking turbo sy, sebab saya yakin turbo sy bebas dari saman parking MBSA. Saman speed track tu mungkin ada lah cuma surat saman tak dapat lagi :-(

Ok, untuk yg berminat nak beli pas bulanan MBSA boleh terus SMS/ Call 010-438 3371. MBSA juga ada menyediakan booth check saman secara percuma di beberapa mall di Shah Alam dan boleh terus bayar di kaunter booth. Antaranya di Tesco Shah Alam. Diskaun kompaun sebanyak 70% dah expired. So tinggal lagi 60% utk di grab. Jangan ingat kita boleh grab barang2 time sale jer tau. saman parking juga mesti dikira sebagai sale !

Untuk maklumat yg lebih details/lanjut/jelas boleh layari www.mbsa.gov.my

1 comment:

Anonymous said...

mbsa bodohhh!!