Dari last week start hari Rabu, memang balik keje badan rase sakit, kepala pening dengan kerja2 ofis. Ini semua sebab akaun. * Ok, tak sepatutnya mengeluh dengan kerja. Ok lah nasib baik minat akaun, mengeluh panjang2 tak boleh lah * Sebelum tido kene telan ubat demam dulu, panadol dah tak active kat badan nie, kene ubat demam Uphatamol jugak lah ! Hari minggu kejap rasa ok, kejap mcm flat. Baring pun bosan, nak ngadap tenet tak mau.
Kerja yg minggu lepas bawak ke minggu nie, demam pening minggu lepas juga forward ke minggu nie. Tapi skrg ada pakej baru, sekali dengan batuk. Huk huukkkkkkkkk manjang ! Sampai perit tekak. Kemain pedih dalam mulut. Finished a bottle ubat batuk pun tak jadi pape. Kat opis kemain batuk makin teruk, sampai senak dada, mengah batuk tak henti around 15minutes kat dalam toilet. Bibir yg tak tenyeh lipstik terus merah menyala, mata pun kemain merah menyala, air mata lajuuuuu jer turun. Bukan sebab nangis, tapi batuk yg tak henti. Anak tekak nie gatal mcm ada something tengah joget2. Tengah uwek uweekkk tu tengok kat dalam sinki ada merah2. Omg ! Jangan lah tekak aku nie berdarah plak. Waaaa..., makin laju lah air mata mengalir yg tadi tu tak nangis boleh jadi terus nangis :-(.
Bila cuti Deepavali, bangun tido mcm tak sihat, makan ubat. Agak2 boleh drive tu keluar jap cari something yg duk teringat2 dari bulan lepas. Teringat nak cari second phone utk no maxis. Dah 3,4 minggu tak on no maxis tu. Bukan penting pun, cuma malas nak on kat smart phone. Kemain lama nak running/scanning memory card sampai 2 kali. Itu yg tak lalu nak tukar2 simkad, dah la smart phone tu melantak batery, tak usik pun boleh kurang batery. Tu yg jadi double triple malas. Plus tak payah nak membazir utk second phone kan. Tapi sebab demam, kemain nak jugak second phone. Dalam tengah baring2 tu terus mandi bersiap then keluar. Dapat lah grab benda nie.
Tapi moral of the story, aku tak sanggup demam tetiap bulan, kang membazir macam2. Cukup lah ! Cukup lah !
2 comments:
awk comel, follow blog saya ni juga ye jomwayangku.blogspot.com
follow blog ni juga ye jomwayangku.blogspot.com
Post a Comment