Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Dugaan Aida Gadis Melayu

Assalamualaikum,

Hidup kita memang tak lepas dari masalah dan dugaan. Bila ayah jatuh sakit, sy sedih dan risau. Sebab tak mungkin sy mudah utk terima kenyataan jika sesuatu terjadi pada ayah. Mungkin pada zahirnya sy tak tunjukkan yg sy terlalu menyayangi beliau apatah tunjukkan kesedihan sy di depan org. Sy pendam dlm hati, menangis bila tak dapat tahan dan berdoa atas sejadah mintak dari Tuhan.

Elder sis pesan "kalau kita susah, ada lagi org yg lebih susah dr kita". Mengalir air mata baca email dr elder sis waktu kat ofis. Sambil tangan kiri menutup muka taknak kasi officemate kat table sebelah nampak.

Siapa penonton setia rancangan realiti Gadis Melayu tentu mengenali Aida. Aida selamat berkahwin dgn pemberita tv3 selepas tamat Gadiis Melayu dan dikurniakan seorg anak yg comel diberi nama Aida Eirdeena. Namun dugaan datang sewaktu Aida dalam pantang dan Eirdeena sgt kecil utk mengharungi semua ini. Baby Eirdeena mengalami masalah kerana hanya mempunyai satu saluran darah. Bagi yg normal mempunyai dua saluran darah. Satu utk menyalurkan oksigen ke paru-paru dan lagi satu utk menyalurkan oksigen ke seluruh badan. Baby Eirdeena selamat dibedah dan sekarang masih dalam rawatan dan penjagaan yg rapi. 


Sama2 kita doakan baby Eirdeena sihat seperti baby-baby lain. Ini dugaan buat ayah dan ibu Eirdeena. Semoga tabah harungi uijian dr Allah swt.

Blog mummy baby Eirdeena KLIK SINI.
PROMOSI UNTUK ANDA

No comments: