Sy nie yg suka makan dan yg semakin tembom nie kan.. adalah satu hari tu rajin nak masak speghetti bolognese.
Mana sy belajar ? Sy belajar dari encik google. Lagipun selalu pegi western rest. asyik order speghetti so kalau home made tentulah dapat makan sepuas hati kan? Cuma google tengok2 bahan2 yg digunakan tu senang nak dapat atau tak. Jadi mari kita mulakan sesi memasak :-)
Mula2 kita sediakan bahan2 untuk menumis.Dah potong2 baru teringat nak snap pic. Yang merah dan hijau tu capcicum red and green. Dan lagi sebiji tu tomato.
Potong semua buah dalam bentuk dadu. Senang je kan. Cantik kan? Hehehehe...Jangan lupa bawang besar juga :-)
Bahan2 lain adalah sos speghetti, tomato puri dan button mushroom. Kalau taknak guna tomato puri pun tak pe jugak sebab tomato puri untuk kasi masam jer. Plus kita dah masukkan tomato yg dipotong dadu tu kan. Cuma tomato puri nie selain kasi kuah speghetti masam ia juga memekatkan kuah. Sy juga jemana Kimball. Boleh jugak jenama lain yg famos amos utk speghetti selalunya Frego.
Potong button mushroom nipis2 mcm nie eh..
Button mushroom dalam tin nie mcm laici dalam tin tu lah. Ada airnya skali. So ketepikan air tu dan hiris mushroom nipis2.
Ok, speghetti tu kita panaskan air dulu. Bila dah mendidih masukkan speghetti kering. Nampak speghetti sy terkeluar dr periuk kan? Sebab periuk org bujang kan kecik2 je.. ngehngehngeh...
Mulakan dengan tumis bawang dulu sampai laju. Then masukkan daging cincang. Kacau dan biarkan agak2 daging dah empuk. Biarkan air daging kering. Lepas tu masukkan sos speghetti dan tomato puri. Gaul hingga rata. Masukkan bahan2 yang dipotong dadu dan mushroom. Gaul lagi dan lagi. Masukkan sedikit garam.
Speghetti yg dah direbus ditoskan air. Hidangkan dalam pinggan dan curahkan sos ke atas speghetti. Siap untuuk dihidang :-)
Saya berbangga dengan percubaan pertama SPEGHETTI BOLOGNESE dan sy mengucapkan terima kasih kepada en google dengan resipi yg terbaik ini.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment