Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Fashionable - You Wanna Be ?

Bercakap pasal fashion, sy selangkah tertinggal di belakang ( Suriada yg lebih extreme suatu ketika dulu ). Kini fashion seakan asing bagi sy. Bukan takat baju seluar, malah gaya rambut juga sudah ketinggalan.


Kalau dulu, rambut curly itu menjadi kesukaan sy. Sanggup spend money utk ubah dr rambut lurus ke rambut kerinting. Tampak seksi di mata (Suriada yg lebih extreme suatu ketika dulu ). Maintenance rambut kerinting tiap bulan nak kene beli. Apa segala jenis syampoo dan juga pelembap yg baik utk penjagaan rambut kerinting. Rambut separuh kerinting separuh lurus itu dijaga dgn rapi.

Kalau dulu, setiap bulan sy akan shopping di butik Padini. Baju seluar semua brand Padini. Kata sy Padini lebih murah dan berbaloi berbanding brand lain. Tak pernah sy nak beli baju tanpa brand sebab terlalu memikirkan pasal kualiti dan jenama. Kalau tgk org pakai baju seluar, sy boleh kenal itu dr butik Padini even tanpa nampak tag.


Masuk ke butik2 mahal seperti Guess ( Suriada yg lebih extreme suatu ketika dulu ) adalah perkara biasa. Shopping dan possing dgn paper bag Guess hasil shopping adalah perkara biasa. Tapi kini, untuk masuk ke Butik Guess sy akan pikir banyak kali. Segan ! Sebab sy tau sy tak kan beli ! Walaupun org kata Guess itu murah. Ye, sy akui juga Guess adalah lebih murah berbanding jenama lain yg masuk ke pasaran Malaysia. Kini, sy shopping dimana-mana kedai asalkan berkenan dihati. Tidak lagi mementingkan jenama.

Kini, sudah 2 tahun sy memakai tudung. Hati sy tergerak untuk mengenakan tudung sewaktu sy pulang ke kg. Rasa hati yg tak sabar untuk balik dan shopping tudung di KL. Sehingga kini masih ada tudung yg sy shopping kali pertama masih tak berusik. Dan kini tudung tu dah dikira sebagai out-dated kerana terlalu cepat fashion baru keluar di pasaran. Ye, dah dua tahun berlalu.

Balik rumah bujang, tetiba sy rasa rimas dengan rambut kerinting. Rasa malas mula meraja dlm diri untuk mendandan rambut kerinting. Satu petang dihari minggu, sy capai gunting dan cermin, lantas sy gunting ikut acuan sendiri. Asalkan hilang rambut kerinting sy. (Waktu itu dah setahun sy berambut kerinting ).

Dan, sy mula memakai tudung bukan sahaja pegi kerja dan kelas, tapi untuk keluar rumah juga ! Kini, dua tahun sudah berlalu. Alhamdulilah.

Siapa kata bertudung itu tak fashionable?


Sy juga masih memakai baju2 lama yg boleh di match&mix dengan inner. Baju2 lama yg sy kira tak sesuai dgn penampilan bertudung masih sy simpan elok2.Terasa syg ngn brand Padini :-)


No comments: