Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Hospital-Day 4


Update dari ward 7 – Hospital Sultanah Nur Zahirah

Semalam kwn LS dr Dungun dtg sini. LS pesan suh amik baju kat rumah dan pass baju kotor kasi die bawak balik. Hehe die jadi runner LS.
Disebabkan LS sibuk dgn sesi dialisis Ayah sehari 4kali, so siang hari LS Cuma free 2jam jer between masa dialisis. Nak g makan luar dr kawasan hosp. tak sempat. Kene rushing. Tapi disebabkan LS dah 3hari tak keluar dr hosp., semalam kwn LS sampai pun masa free tinggal lagi 1jam. LS requested bwk pegi Pasar Payang nak mkn kat situ. Tapi die kata tak sempat so ktorg makan kat tempat yg lebih dekat ngn hosp. Itu pun tengah makan dah ader org call utk pegi bilik dialisis. Terus ktorg rushing balik hosp. Utk dialisis kul 3petang. 

Lepas sesi dialisis kul 6petang, LS bersiap mandi dan solat then keluar. Wehaaaaa barulah ade life sikit. LS makan kat Kg. Ladang umah mak mentua. Siapa mak mentua LS?  Wife ustaz Azhar. Terlampau poyo ! Sila ukur baju dibadan sendiri.
Lepas makan ktorg lepak Batu Buruk. Haiiii kemain LS suka sebab boleh lepak atas pasir pantai. Sport light pun banyak. Nak buat BBQ or nak lepak boleh sgt. Terasa macam di Pantai Bali, Indonesia. Oh, sgt terpengaruh dengan tv !
Ktorg lepak sampai kul 1 lebih. Kwn LS hantar balik hosp. Then dia gerak balik Dungun.
-
Day 4.

Kwn LS msg ckp if die takde keje ptg nanti die dtg lagi. Mak aishhh ulang alik Dungun-K.Terengganu hari2.
Itu pun LS demanding.

“Mari lah pagi. Sebab aku nak g Pasor Payang makan sotong goreng”

Tapi kwn LS kata tak sedap. Dia nak bwk LS pegi Penarik, kat situ best lepak makan seafood goreng. Tapi disebabkan takde masa entah bila boleh sampai sana. Kwn LS kata it’s take about 40minutes from hosp.
 LS tak rasa susah pun sebab tak bwk kete dtg sini. Sebab skrg nie kereta bukanlah satu kepentingan buat LS. Tak sempat pun nak merayau dalam masa 2jam. Plus, bila balik hosp. Nak parking double parking pun kemain susah. Wasting time kat situ jer. Tapi bila malam baru LS free.

Bye.


2 comments:

Cik Ai said...

lama x singgah sni
hepi Father's Day tuk ayah su..moga cepat sembuh :)

Suriada Sulong said...

thanks ainie. sue pun lama tak update sbb bz. keep in touch :-)