Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Banda Hilir, Melaka - Day 2

Hari kedua LS bangun pagi2. Before jam 7 dah bangun mandi. Kemain best tido mlm tadi lepas telan panadol sebab badan tak larat panas sgt kat Melaka that day. Badan LS dah panas. Mau tak panas kan, jalan bawah panas kehulur kehilir.

LS masak air dan buat sarapan. Eceh, sarapan konon. LS bancuh coffee jer. Itu pun yg pihak hotel sediakan kat bilik. Then kejutkan kwn LS bangun mandi.


Then kami bersiap2 nak mulakan penjelahan hari kedua kami.


Kami jalan kat Kincir Air Tanah Melayu yg kat tepi sungai tu. Jam 9am kami dah terpacak kat sana. Tapi bukan kami berdua jer. Ramai pelancong asing kat situ.

 Tetiba :


"Hai, sy baca blog awak. Boleh tangkap gambar?"

"Oh yeker ?" *Blush*

 Terus ktorg masuk dlm DSLR die. Then LS pun hulurkan jugak cammy kecik LS.

Korang pecaya dialog kat atas ? :-P




Lepas tu ktorg daki tangga sikit nak naik atas. Ada meriam 2 bijik. Tapi kat atas nie ramai cina. Dan LS tak faham dorg tengah buat apa.




Lepas tu ktorg jalan kat sebelah gereja besar berhadapan dgn sungai. Kemain banyak cenderahati kat situ. Semalam ktorg dh grab sikit2. Hari nie tambah lagi. Tapi LS insaf dh dr shopping. Sebab semalam grab sehelai baju dan sehelai seluar kat butik Padini. Kwn LS lah yg gilerr duk beli cenderahati. Mcm die nak kasik kat satu Imigresen kat JB tu haa. LS tengok2 jer temankan die shopping.



Dalam duk tengok2 tu LS tengok banyak nyer selipar comel2 yg berkenan dikalbu ku. Tapi LS taknak beli. Pastu LS dengar "beli lah sy ! beli lah sy !" LS taknak, LS buat taktahu jer. Tapi tak sampai hati pulak dengar suara selipar2 tu. Hikss~ Agak2 yg mana menjadi pilihan LS?


Merahhhhh jugak yg di try. Kaler lain memang tak pandang lah kan? RM10 jer sepasang kecuali kasut merah tu. Haippp, itu tak jual tau ! Murah kan? Plus comel giler :-).


 Akhirnya LS grab sepasang. Suka nyer ahkak kaler merah :-).


Beca kat Melaka nie stok macam taman bunga bergerak. Kemain sarat dengan hiasan. Bagi LS beca dorg bertambah berat sebab hiasan yg berlebihan. Bukan muatan penumpang yg berlebihan. Tapi itu lah kelebihan beca dorg. Pelbagai hiasan korang boleh nampak.

 Lepas dah pusing area shopping tu, ktorg jalan lagi. Ktorg masuk Jonker Walk pulak. Nie kawasan Cina. Semua deretan kedai tu org Cina. Tapi pagi2 mcm takde pape kat sana. Kedai2 Cina pun belum bukak lagi. Tapi cool ah kawasan tu. tenang jer. Kat Banda Hilir nie banyak kete, tapi tak bising mcm kat KL.

Nampak apa tu? Itu bukan roller coaster tau. Itu naga. Auuummmmmm !



Sebelum masuk Jonker Walk haruslah LS possing dulu. Kata jadi pelancong kan? Tapi bukan pelancong asing. LS pelancong tak asing. Hikss~.

 Ktorg menapak pelan2 bawah panas. Ohh cuaca sgt bagus. Tapi LS terasa badan dah panas. Tiba2 LS nampak Hard Rock Cafe ! Giler teruja !

Tapi LS teringat, malam tadi waktu kat Pahlawan Walk, LS ada nampak org jual aksesori Hard Rock Cafe Melaka. Terus LS teruja tapi LS terfikir yg kat Melaka setau LS takde Hard Rock ! Acaner tu ? Pastu dgn selamber badak LS tanya abang yg jual aksesori tu. Sambil LS pegang baju Hard Rock,

"Bang, kat sini kat ner eh Hard Rock? Ada ker ? "

Dengan malu2 abg tu jwb,

"Setakat nie belum ada lagi cafe die. Tapi ktorg ada kedai yg jual aksesori"


"Ohh yeker"

Kalau kat Banda Hilir ada Hard Rock Cafe nak lah jugak ktorg merasa lepak Hard Rock sambil minum2 hilangkan penat dan stress keje. Bukan kah itu lebih bagus dr lepak kat kelab malam yg hentah hape2 bising menjerit2 bingit telinga tu kan? Itu cara syaiton nirrojim hilangkan stress. Oppssss ! Ada yg terasa ker? Tapi if Hard Rock tu boleh lah terima, lebih privacy :-).

Rupanya kedai yg jual aksesori Hard Rock tu kat Jonker Walk. Tapi time tu belum kul 11am lagi. Kedai belum bukak. Sebab kat luar ade tulis operation hours 11am.

So, kite tinggalkan dulu kedai Hard Rock tu.



Lepas tu ktorg jumpa Makam Hang Jebat.

Dan matahari semakin meninggi. LS sungguh tak tahan tapi enjoy jalan sana sini bawah panas ngn kwn. Seriously  LS tengah ada problem. Kusut masai fikiran tp bila sampai Melaka langsung LS tak pk menda tu sume. Macam hilang ingatan kejap kat masalah2 LS tu. Mana nak pk cinta ku kemana menghilang, mana nak pk keje, mana nak pk study. Adoyaiiii !

Nanti LS sambung eh.

Xoxo !

No comments: