Lokasi : Sg. Gabai Waterfall, Hulu Langat.
Date : April, 8th
Activity : Picnic
VVIP : LS,Yong, Ida & Ida's husband :-P
Ida & Yong nie housemate LS mase study diploma dulu. Tapi dorg junior LS. Lepas study Ida terus kawin dan balik KL. Yong pun sama balik KL umah family. Tinggal LS jer kat Shah Alam. Sorg lagi lepas diploma balik Terengganu dan selamat jadi cekgu :-). Sorang lagi balik Sabah kerja kat sana. Dua org lagi housemate LS jadi cekgu jugak. Semua dah bawak haluan masing2. Alhamdulilah. Kita berjaya melalui jalan masing2.
Lepas Ida kawin terus LS tak jumpa dia. Skrg almost 3 years. So ktorg plan satu gathering even bukan satu housemates dpt joined. Yg jauh2 tu kite berkirim salam jer lah. Sebenarnya even Ida dan Yong stay kat KL jer tapi ktorg memang tak jumpa selama tu. Bertegur sapa pun kat online jer.
So here we meet after long time no see. Sg. Gabai here we come !
LS dan Yong singgah umah Ida dulu. LS tgk pangsapuri tu ada 4 tingkat so tentulah takde lift. Husband Ida kemain laju panjat tangga. Disebabkan kelaparan belum breakfast LS panjat tangga pelan2 sofan santun gitu sambil mengira "lapar lapar lapar".
Sekali Yong tanya LS :
"Umah Ida nie tingkat bape?"
"Entah lah Yong. Fendi laju sgt sy tak tgk die kat mana. Kite naik je lah"
Sekali dah sampai tingkat 4.
"Alamakk Yong, takde pun Fendi"
Pastu ada org jerit kat bawah.
"Woiiii korang naik atas apesal? Umah aku tingkat 2 nie jer. Turun balik"
Ohh, itu suara Ida. Ktorg lepak umah Ida jap sambil siapkan apa yg patut. Sambil2 tu layan tv besar gabak di dinding umah Ida kemain best layan lagu Adele "Someone Like you". Owesome babeh !
Jalan ke Sg. Gabai kemain sempit naik bukit turun bukit. Sib baik LS lepas semua halangan. Ok, poyo nak matikkkk.
Semua org siap sedia bawak brg utk cari pot yg best nak bakar ayam. Oh yerr, malam sebelum tu kemain gigih LS perap ayam yer :-). Ok, patut bangga sikit. *Fensan !*. Ida masak laksa yg LS request tp kemain banyak. Siap dgn tong dia angkut pg Sg. Gabai.
Ktorg nie tak main lah pot bawah2 bukit. Alang2 dtg nak lah merasa bakar ayam atas bukit. Baru syokkkk ada fight. :-P. Tapi bila panjat tangga kemain mengah semua org. Plus bawak brg yg berat. Baru panjat sikit dah terasa semput. Sampai satu tempat ktorg dah tak larat. Masing2 dah berpeluh2. Lutut LS rase berpusing2, dada kemain kencang, muka berpeluh, baju lenjun mcm dah terjun dalam waterfall. Masing2 termenung. Itu baru separuh ! Adoiiiii mcm nak turun balik jer. Masing2 taknak bercakap sebab kepenatan.
Nak di ikutkan LS penah panjat Bukit Broga sebelum Subuh, itu lagiiiiiiiii tinggi sebenarnya. Dengan laluan yg takde tangga main redah jer. Tapi itu masa LS kuat. Skrg dah hampir 2 bulan tak pegi gym totally LS semput yg amat.
Bila dah cool down sikit LS pelan2 panjat. Kami dah berpecah. Masing2 tak larat so sapa yg rasa boleh gerak dulu sila go on seorg diri. LS tengok atas, omagaiiiiii mcm takde penghujung jer tangga tu. Dah tu bila nak sampai atas ? Sebab penat ktorg tak peduli camera nak snap gambar. So time naik mmg takde gambar indahnya ciptaan Ilahi.
Sorg2 sampai atas semua diam tak kata apa. Nak amik air pun tak larat. Tapi lepas sorg2 dapat minum ais, kemain nikmatnya rasa sejukkkkkk jerr tekak. Lepas tu baru sume org aktif balik. LOL.
Niat dihati nak celup2 kaki jer tp tercelup satu badan. Apa celopppppp kan ? LOL. Tapi bila masuk dlm air kemain best pulak. Lenjun jugak lah sy :-P.
Ramai sungguh org hari tu. Tapi dorg bwk bekal sesiap. Ktorg nie naik atas baru nak bakar ayam, kerang, sosej. Sonok lah sesekali mcm nie. Tapi kalau selalu memang tak ahhhh ! Yg sonok boleh jadi boring. Ye tak ?.
Ini baru separuh perjalanan turun. Cantik jer pemandangan sebelah tangga air terjun meluncur turun. Oh ciptaan yg Maha Esa :-)).
Turun bawah kemain laju memasing. Dah siap tukar baju kat bawah tu ktorg lepak dulu sambil makan ais krim. Lepaskan penat yg terkumpul panjat tangga tu.
Ktorg gerak balik around 6pm. Itu pun still ramai org kat sana. Tapi baik ahkak gerak dulu ehh sebab ahkak jauh nie nak balik Shah Alam.
Okebai~.
1 comment:
bestnye berpicnic >,<
Post a Comment