Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Update Kehilangan Nurul Fatihah

Tengok entry lepas klik Tolong doakan budak nie selamat - Anak buah kawan saya

Sumber dari Berita Harian Online :

KUANTAN: Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lalu, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami. 

"Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan petang semalam, selepas dikatakan diculik dua lelaki dan seorang wanita semasa bersama adik lelaki dan sepupunya membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini, Ahad lalu. 

Narenasagaran berkata remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya. 

Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa. 


"Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik. Mangsa keluar rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak dalam kes ini. 
"Mangsa keluar rumah dengan tujuan hendak menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya," katanya. 

Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu. 

"Mereka tidak melakukan penculikan tetapi polis akan panggil semula kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk diambil keterangan," katanya. - BERNAMA 


MasyaAllah budak nieee !!!!!!

Kenapa lah nyusahkan mak bapak? Baru 15 tahun dah pandai ckp tekanan sampai nak lari dr rumah. Nampak sgt perangai budak2 ikut emosi. Apalah tekanan sgt pun taktau lah. Dah laa lari pegi sembunyi rumah boyfie.

Kesian mak bapak keluar tv si mak menangis teresak2 fikirkan keadaan anak dia yg hilang, fikirkan nasib si anak. Kalau kita maki budak nie pun tak kan merubah apa yg dah jadi.

Eloklah pihak berwajib bawak budak nie hantar kaunseling. Menyusahkan byk pihak. Kau fikir kau punya tekanan, yg mak bapak kau risau setengah mati fikirkan hal kau kene culik tu mcm mana pulak?

Marah betol laa sy ngn budak nie.

2 comments:

yura said...

em....betul2.. kalo kat depan mate rase nak bg penampar je supye jadi pengajarn..die igt bende ni leh wat main2 ke..gempar 2 satu malaysia... dah cian mak bapak die x tdo malam n ngs 24jam risau mcm kes arwah adik dirang 2..die leh lak suke2 ngn pkwe die 2..igt mak bapak die ni pe.... sekolah tapi mcm x sekolah..bsk x sekolah pun x wat cam 2 kan huhu..germ betl.. mcm la pakwe die 2 nak sgt ngn die... kalo btl2 kawin xpe.. ni blaja x habis dah gatal nak meggedik.. dah family die malu xthu nak letk muke n maruah dieorg cam ne.... ish2 kan dah bebel huhu

Suriada Sulong said...

betol tu.. dah la umur baru 15 tahun. pakwe plak umur 26tahun. kesian mak bapak malu.

pandai pulak bdk nie belakon adik die cite waktu otw pi kedai si kakak tnya kalau jadi apa2 pd die apa adik die akan buat. then die bgtau si adik yg die rse x sedap hati.

elok pulakk die belakon menjerit mintak adik die tolong selamatkan die waktu kene tarik masuk kete. hebat lakonan kau budak yg menyusahkan dan memalukan mak bapak.

mau aku parang kauuuuuu !!!!!

kang kene culuk betol2 one day baru kau tahu langit tu tinggi rendah. bodoh !