Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Alahaiii Abg Polis Traffic ..

Hari tu kan, sy pegi lah Uptown Shah Alam. Dah notice dah jalan kat depan Uptown tu tak boleh parking. Penah jugak dulu tiime parking nampak encik polis trafik tengah edar surat saman dgn seikhlas hati dierrrrrrr.*sigh* Terus laju2 alihkan kete. Hari lain pulak mkn ngn kawan kat situ, die tanya :

"ko parking mana?"
"kat depan ah, malas nak masuk dalam"
"kene saman dowh ko parking kat situ"
"ye ker..?"

Bla..blaa..blaaa.. sambung makan.

Tapi gitu lah kan, tak kene degil lagi parking kat situ jugak. Sekali masuk kete dah gerak mcm ade kertas terselit kat viper. Arrghhhhh mesti surat saman. Sampai umah terus tengok dan terima dgn hati yg terbuka*ohhhh, pujuk hati sendiri*

Bukan nak marah, tapi malam2 pun takkan nak saman. Lagipun padang tempat parking tu bukan luas sgt. Parking kat tepi jalan tu pun bukan nyer menghalang lalulintas org lain pun. Semua parking kat tepi tu jugak. Some more Uptown Shah Alam tu penghujung jalan. Orang yg lalu lalang kat situ sume dr Uptown jugak. Dan jalan kat situ memang sebesar gabakkk 3 line. Kalau parking kiri kanan still line tengah boleh guna. Marah betol makcikkk! Mencikkkk !


Lepas duatiga hari, sy parking kat Shah Alam bawah signboard ZON TUNDA. Hamekk kau! Geram punya pasal lah kan ?

Baikk punyer kan? Siap pergi bank lagi. Lepas keluar bank sy tgk ade lagi kete kat situ. YaAllah, bukan nak suruh kene tunda tapi kes Uptown nie lah buat sy marah. *Sigh*

Hagak2 berape hengget lah kan kene bayar saman tu ? *doubletriplesigh*

No comments: