Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Terengganu - Melawat Ayah

Assalamualaikum,

Dah 8 hari tak jenguk sini. Rindu sgt okeh. Pagi tadi sy sampai sini around 6am, tido jap then masuk office. Kerja jangan cakap bertimbun, sampai tak tahu nak mulakan mana satu. Perlahan2 kasi settle sikit2. Janji jangan ada orang pressure kita.

Last week pagi Khamis sy gerak balik Terengganu. Tak singgah Dungun dah, direct to Hosp. K.Terengganu. Sebak sepanjang perjalanan mengenangkan ayah masih dalam ICU dari semalam.  Bila sampai sana ayah baru ditukarkan ke biasa ( Jantung ) di tingkat 7. Elder sis yg dr JB pun sampai ptg tu. She go to doc and discuss about ayah yg kene buat small operate yg sepatutnya on Monday, 5th Dec. Doc trace ada saluran pernafasan yg tersumbat thats why sesak nafas ( heart attack ) plus buah pinggang yg bermasalah. Doc cakap kalau tak buat operation tu nanti next time jadi lagi ( heart attack ).

Masuk lawat ayah, tapi tak boleh masuk ramai2. Doc kasi masuk 2 orang jer. Ayah masih lemah. Alhamdulillah masih mampu bercakap dgn anak2. Tapi budak kecik strictly tak dibenarkan masuk ward melawat. Ayah berkali2 requested nak tgk his youngest grandchild, Qaseh. So kasi ayah tengok Qaseh melalui cermin pintu jer T___T.

Malam tu elder sis bawak emak balik Dungun due to nak rest kat hosp. teman ayah tak selesa.  Emak pun bukan sihat sgt utk jaga ayah. Plus bilik sewa yg hosp. sedia kan semua dah full. Jadi sy dan 3rd sis yg teman ayah. Ktorg check in kat hotel near by hosp. after Maghrib. Lepas mandi dan solat ktorg keluar makan Ikan Bakar. It's yummy but apalah nak disedapkan sgt sbb ayah kat hosp. T___T.

Malam tu lepas dinner kat luar singgah hospt. kejap tgk ayah then kwn hantar balik hotel. Lepas solat Isyak duk sembang2 ngn 3rd sis then dia sambung mkn order from room service. Jam 12am dia dah lena. Sy nie pusing kanan, pusing kiri tengok jam almost 1am. Tak lena lagi. Sekali terjaga tengok jam around 3am. Sambung pusing kanan, pusing kiri, kanan lagi, kiri lagi terus tak boleh lena. Alkisahnya sampai ke subuh !


No comments: