Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Ayah Masih Di Hosp.

Assalamualaikum, selamat hari Sabtu semua..,

Hari nie ramai yg tak kerja kan, tak pun ramai yg amik cuti sebab Isnin pun cuti Christmas kan? So ramai dah balik kg. Sy tak balik kg pun, InsyaAllah raya cina nanti sy pulang !

Ayah masih kat hosp. K.Terengganu. Dan sampai semalam pun belum buat diagnolisis utk buah pinggang. Doc cakap darah ayah cair. So tak boleh buat diagnolisis. Doc kata tunggu darah jd stabil dulu ( tak cair dan tak pekat ). Sampai petang semalam, 'alat' yg dimasukkan kat kaki Ayah masa small operation that day pun belum keluarkan lagi. Doc cakap tunggu darah ok baru boleh keluarkan sebab risiko pendarahan boleh terjadi.

Semalam Ayah sihat. Siap mkn KFC kat hosp. Gelak2 tengok cucu datang melawat. Tapi mlm tadi doc keluarkan 'alat' yg dekat kaki Ayah tu. Terus Ayah jadi lemah dan pengsan. Then doc sambungkan balik segala wayar2 di dada Ayah T___T. Lama lepas tu baru Ayah sedar dan menyahut panggilan emak. Tapi keadaan Ayah lemah. 
Ingatkan Ayah dah boleh discharge dr ward weekend nie. Tapi keadaan Ayah kejap stabil, kejap tak stabil. Risaulah sy yg duduk jauh nie. Nak balik selalu tak boleh. Selagi Ayah tak sihat kesan dr operation tu, dan still belum buat diagnolisis, selagi tu lah sy tak tenteram. Hanya doa yg mampu dipinta dr Allah swt.

"Ya Allah, sembuhkan Ayah sy, amin."

2 comments:

hazriey91 said...

mudah-mudahan cepat sembuh....amin..."tiada penyakit yang tidak dapat disembuhkan kecuali mati"-hadis.

im4string said...

semoga ur dad cpt sembuh...