Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum, Salam Maal Hijrah seluruh muslimin & muslimat.
Alhamdulillah syukur krn masih lagi diberi kesihatan yg baik dan dipjg kan umur utk menyambut Maal Hijrah.

Kita di Malaysia hari ini lebih menggunakan kalendar org putih dr kalendar Islam. Tp syukur kerana ketibaan  Maal Hijrah masih diserap dalam jiwa setiap individu muslim hari ini. Kalau setiap tahun baru mengikut kalendar org putih, kita sentiasa m'punyai azam baru mahupun planning baru utk kehidupan kita di tahun baru. Tapi cuba kita lihat ketibaan Maal Hijrah, apa pula azam baru kita? Adakah utk menjadi seorang muslim yg lebih bertaqwa, muslimat sejati? Anak yg soleh dan solehah pd org tua? Tepuk dada tanya iman.


Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Semoga ketibaan Maal Hijrah kali ini membawa erti yg mendalam pada jiwa setiap muslim. Agar diberi kesihatan yg baik utk menjalankan tanggungjawab dan amanah yg telah diberikan. Amin.

1 comment:

eva said...

salam maal hijrah too ;)