Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Berhati-Hati Ketika Memandu

Bff selalu pesan :

" ko bawak kete hati2 tau. Jangan laju kalau tak tau jalan. Biar lah kene hon, asal selamat. taknak lah bawak laju2"



Sy berhati2, memang selalu berhati2. Taknak excident. Kalau takat kereta kita yg calar, kemek, pecah lampu, boleh laa terima lagi. Tapi kalau small excident tapi melibatkan kerosakan kereta orang lain atas kecuaian kita, itu yg sy lagi taknak berlaku. Nak kene ganti lagi, kene hadap muka orang yg tengah marah lagi. Itu kalau kita yg salah. Kalau orang lain yg salah dan menyebabkan kerosakan pada kereta kita, of course lah kita pun akan marah sama !

Lagi kalau atas kecuaian kita dan kereta yg kita langgar tu kemain lebih mewah dan besar dr kereta kita. memang lah boleh claim insurans, tapi maki tetap kene maki. Salah tetap kene compound jugak RM300 bila buat report !

Kesimpulannya, kita tetap kene berhati2 even kalau dah cukup berhati2 tapi kalau dah benda nak jadi tu jadi jugak kan?

tapi cuba korang ingat balik, pernah tak alami sesuatu kejadian dan korang akan cakap :

"Nasib baik aku tak parking sini tadi, kalau tak dah kene saman"

"Nasib baik aku sempat break, kalau tak aku dah hentam kete depan yg mengelak lubang tu"

"Nasib baik aku tak laju tadi, kalau tak mesti aku terlibat sama"

"Nasib baik aku tengok kiri kanan sebelum lintas"

Haaa.., ayat2 di atas selalu keluar bila kita terselamat dr sesuatu bahaya/malapetaka. Itu maknanya kita sedang berhati2 dalam sesuatu perkara.



Sebelum memandu, cuba check asas keselamatan yg kita buat sebelum test ujian JPJ.

  1. Check gear dalam keadaan free. Nanti kang start enjin tersondol kereta depan kalau kita parking kat tepi jalan.
  2. Check cermin sisi dalam keadaan sesuai dgn kita. Ini untuk mengelakkan ketika tengah memandu da nak tukar line, sekali pandang cermin sisi tak nampak kereta belakang. Sangat bahaya!
  3. Check cermin pandang belakang. Nanti kang tengah memandu dan pandang cermin belakang tak nampak kereta belakang tapi nampak sisi kereta. Mesti terkial2 masa tu. Beware !
  4. Keadaan seat selesa dengan jarak utk tekan minyak, gear& break. Kalau seat jauh, nanti nak tekan break tak sampai. Harus sondol kereta depan baru lah kete kita berhenti secara terpaksa !
  5. Kalau jalan malam, pastikan lampu dibuka pada ketinggian cahaya yg bersesuaian. Jangan lah kata tak nampak terus bukak lampu tinggi. Ini membahayakan pemandu lain yg dtg dr arah bertentangan kerana silau dengan tindakan tak berkeperimanusiaan betol ! Hati-hati !
  6. Pastikan lampu break berfungsi. Kadang2 kita sendiri pun tak perasan bila kereta depan break, tapi melalui lampu break kita boleh memperlahankan kereta kita.
Selamat memandu dan berhati-hati di jalan raya :-). Ingatan utk diri sendiri dan kawan-kawan.

Sekian, terima kasih sudi baca.





No comments: