Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

24

Sempena ulangtahun ke-24, eh bukan... Sempena umur 24 tahun pada 2015 nanti, eh bukan jugak...
Sempena followers mencapai angka dua ribu empat ratus pun bukan, apatah lagi mencapai angka dua puluh empat ribu.. Entah tahun bila tu.

Sebenarnya followers ada 24 orang ! Bangga tak ! NgehNgehNgehhh~ Jadi sy berterima kasih kpd semua kawan followers yg sudi baca catatan sy. Catatan yg tak sehebat blogger otai. Catatan yg tak sekerap Abg Ben. Idea yg tak sebagus Hanis mahupun buat entry seperti Yuyu yg  boleh dapat gred A kalau submit utk karangan SPM.

Dengan gigih dan jayanya sy berusaha utk memikat hati 24 followers sy. Buat blog bukan mcm main facebook. Kalau facebook double add, i mean kalau kita approve orang, automatically orang itu pun bertambah bilangan friendlist. Tapi blog bukan mcm tu, kita kene kreatif dgn idea, jgn merapu, jujur dgn penulisan. Paling penting jgn guna medium blog utk menyampaikan ketidakpuasan/ caci maki/ mengumpat orang sekeliling. Kalau nak luahkan perasaan sekalipun kene bijak gunakan blog utk meluah kata. Jangan main sembur. Gunakan kata2 yg pedas tapi membina. Itu menunjukkan kita peka dengan keadaan semasa dan menjaga sensitiviti orang lain.

Jadi, utk followers ke-24, sy buat entry ini khas utk beliau yg sy maksudkan Belogg Tuan Tanah Kedaung. Pemilik juga sedang menjalankan satu aktiviti menarik sehingga 31.12.2011. Please cekidaout !

Sekian, terima kasih :-)

No comments: