Assalamualaikum =)
Hari minggu yg leeepassssssss i mean dah more than a month kot.. sy pergi ke Bukit Cerakah dgn housemate. Excited meh sbb 1st time pegi sana. Dulu2 zaman study diploma lagi konon2 nak pegi tapi tak kesampaian sehingga tahun ke-6 kat shah alam nie baru merasa jejak kaki dalam Bukit Cerakah. Bukan jauh pun dari rumah. Lokasi Bukit Cerakah cuma kat seksyen 8 tu jer. Memang haru biru lah. Nak masuk ke Bukit cerakah atau dikenali sebagai Taman Botani Shah Alam cuma perlu bayar RM3 seorang utk sehari. Maksudnya takde had masa untuk tiket yg berharga RM3 tu. Taman Botani nie dibuka setiap hari bermula jam 830am-6pm kecuali ditutup pada hari Isnin.
Untuk yg belum pernah datang, Taman Botani ini yg famousnya adalah perkhidmatan basikal sewa untuk pusing2 di kawasan tersebut. Harga sewa adalah bermula RM3 utk jam yg pertama dan cuma perlu tambah RM1 untuk jam yg seterusnya. Tapi kalau taknak sewa basikal, kita boleh gunakan perkhidmatan bas yg disediakan dgn percuma. Tapi waktu sy pergi around 10am, list utk sewa basikal adalah panjang sedepa. Ramaiiiiii sgt org yg tgh Q utk sewa basikal. Jadi sy bertiga dgn housemate bersiar2 dalam Taman Botani dgn Berjalan kaki ! OMG gila penat tapi enjoy ! Tempat pertama sy pergi adalah Sawah Padi. Ok, kat sini mcm2 ada untuk aktiviti beriadah. Tapi malangnya sawah padi tu mcm agak kering kontang. Tak nampak dah rupa padi tapi nampak seperti rumput2 tinggi yg menhijau.
Agak kecewa bila nampak sawah padi kering kontang sbb paling sy excited adalah utk pergi ke sawah padi dan bergambar gedik ditepi sawah konon2 disebuah kampung lah kan? *Ok mengada2 tepuk dahi sendiri*. Jadi kami rehat dulu dan bawah pokok depan sawah padi tu. Panas jgn cakap lah mcm nak patah balik pergi sewa basikal. Ok, kalau kita nak bawak basikal sendiri pun boleh. Yeayyyy ! Next time eh kalau ada basikal. Oh im really hoping !
Selepas berehat seketika bukan bersama Kit-Kat, kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya.
Okeh, dah sampai pintu gerbang Taman Haiwan. Mari2 kita tengok apa yg ada..
Hai kuda :-) Sy datang melawat kamu :-P Meh2 dekat sikit nak gosok2 jambul..
Ini orang ah berani gosok2 kepala kuda.. Alalalalaaa... comel nyeh..
Haaaa..., mula2 jer dekat tapi sebenarnya penakut. Tu konon2 nak gosok tapi tak berani. *sigh*
Seterusnya kami ke Taman Rusa. Luassss kandang rusa nie. Dan sy buat pengakuan yg jujur bilamana nie adalah 1st time sy tgk rusa depan2. Alah comel ada yg bertanduk tinggi.
Kalau rusa sy berani sikit lah sebab dia jinak. Ktorg amik rumput dan feed rusa makan =)
Rusa nie kasi rumput 2,3 helai pun die ngap jer..
Nie buktinya tuan blog tak takut =P
Burung kakak tua tinggal dijendela nenek sudah tua tinggal gigi dua.. Ok burung nie taknak ckp ngn ktorg tapi bila penjaganya datang untuk bersihkan tempat, bukan main galak lagi dia nie asyik2 bagi salam kat penjaga dia. Ada jugak die burung nie bercakap tp perlahan jer suara dia.
Ok, binatang nie jugak 1st time sy tgk depan2. OMG ! Takut dan geli. Tajam2 badan dia. Dah nama pun landak kan ! :-) Landak nie makan biskut bawang. Nampak tu yg warna oren atas lantai, banyak gila biskut bawang.
Sy pass camera kat dorang suruh snap binatang nie sebab sy geli nak tgk. Ini pun 1st time jugak tgk depan2. Terserlah sungguh kebetakan sy bila masuk Taman Haiwan nie. *sigh* Dalam bekas tu carrot. Bila encik iguana nie nampak org pegang camera die terus tengok dan beraksi statik mcm tu. Tak gerak2. Oiii.., kau nak terkam aku ker???
Lepas keluar dari Taman Haiwan, kami teruskan perjalanan dan jumpa jambatan gantung nie. Excited makcik !
Lepas melalui jambatan gantung nie sy nampak signboard "Jalan Jujur" Meh2 tgk jalan nie menuju ke mana.
Agak noty disitu yer adik2.. Ada cermin besar di satu sekeloh selekoh. Selekoh yg agak maut. Jadi fungsi cermin ajaib nie adalah keselamatan untuk pengasuh pengayuh basikal.
Macam nie lah basikal yg boleh sewa tu.
Memang best berkayuh dalam nie sebab redup jer byk pokok2 dengan suasana tenang takde bunyi bising lori2, kereta2 drift.
Ini pulak perkhidmatan bas percuma yg disediakan di Taman Botani. Menarikkan bas takde dinding. Even naik bas tapi still boleh tengok pemandangan. Bas nie akan drop dan fetch kita di sepanjang jalan. Cuma kene bg signal kalau nak turun or kene tahan bas kalau nak naik.
Seterusnya kami ker kawasan perkampungan rumah negeri. Rumah negeri maksudnya rumah Terengganu, rumah Johor dan senang cita semua negeri lah. Rekabentuk yg berlainan mengikut rumah tradisional. Kawasan perkampungan rumah negeri nie sangattttttttttt menarik sebab seriusly mcm suasana kampung. Aman damai. Dan rumah2 negeri nie boleh disewa sekitar harga RM500. Siap dengan tempat BBQ, ada surau dan pejabat pengurusan rumah nie pun berdekatan dgn perkampungan ini. Sesuai utk mereka yg plan utk family day.
Ini kalau tak silap rumah Johor. Ktorg naik satu rumah jer. Nak tgk pemandangan dari atas rumah.
Rumah nie besar dan tinggi di antara rumah2 negeri lain.
Beranda rumah pun luas. Boleh lepak2 dan baring2 utk yg buat family day atau bawa keluarga bercuti.
Design tangga yg menarik. Tinggi sgt tangga nie nak turun mcm gayat jugaklah kan almaklum lah batak. Sy yg batak bukan dorg :-)
Agak lama kami berehat di beranda rumah nie. Sy yg tak larat nak jalan. Duduk2 sambil posing2 kat beranda rumah nie. Oh angin sepoi2 bahasa sebab rumah kan tinggi, tip top lah merasa angin.
--> Enrty bersambung part II. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment