Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul

Assalamualaikum :-)

Dikala kita masih sihat, mampu mencari rezeki, gembira dengan apa yg kita ada, jangan dilupakan pada mereka yg tidak berkemampuan. Mereka yg kurang bernasib baik berbanding kita hari ini yg masih mampu utk memiliki apa yg kita suka. Apatah lagi berada dikalangan ahli keluarga yg tercinta. Alhamdulliah dan bersyukur pada yg masih merasa kasih sayang dr keluarga. Jangan kita lupa pada mereka yg tidak bernasib baik, Sesungguhnya semua dugaan itu datang dari Allah swt utk hamba-Nya.

Disini,

Rumah Aman meminta jasa baik anda/kita semua utk menderma kepada penghuni Rumah Aman. Sumbangan tersebut untuk pembiayaan anak-anak dan segala perbelanjaan pendidikan, kesihatan, makan pakai dan sebagainya.

Untuk blogger yg mempunyai earning dengan Nuffnang boleh terus menderma melalui akaun Nuffnang. Contohnya:

Untuk mereka yg ingin menderma melalui bank akaun boleh terus direst atas nama Nuffnang TLC Promise Me S2 di akaun no. 56210672043. Lagi senang kalau kita gunakan Maybank2u :-) Tak perlu risau, kita boleh menderma serendah RM1. Asalkan nawaitu kita ikhlas utk membantu. InsyaAllah ganjaran dari Allah swt lagi besar utk kita di kemudian hari. Amin.




Kawan-kawan boleh klik SINI untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Aman.

Tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima, InsyaAllah :-)


No comments: