Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

The Journey of Life

Assalamualaikum,

Tak pasti nak mulakan kat mana, tak tahu nak teruskan sampai bila, tak mahu hentikan di satu sudut sahaja.
Alhamdulilah, dgn rezeki dan kasih sayang yg masih bersisa, masih lagi aku disini.Di suatu sudut mencari kebahagiaan yg hakiki. hakiki di dunia mahupun di akhirat, InsyaAllah.
Dengan segala macam yg berlaku dan kulalui tika ini, ada perkara yg meguatkan hati dan perasaan. Tak kurang juga yg membunuh saki baki semangat yg ada. Tidak ku cuba tunjukkan perasaan sedihku pada org sekeliling. Tidakku cuba bersedih di depan mereka. Namun, dalam hati sanubari, segala macam yg berlaku dan kulalui dengan tabah. Adakalanya hampir tersungkur, adakalanya hampir menemui penghujung, penghujung yg tidak pasti untukku gapai. Tidak pasti samada penghujung tersebut adalah kebahagiaan atau suratan kehancuran. Tidak kusesali apa yg terjadi. Tidakku menidakkan apa yg berlaku. Aku sedar setiap insan diberi dugaan yg berlainan. Aku akur.

Semoga kebahagiaan kembali mewarnai kehidupan, biarpun bukan kebahagiaan yg sebenar. Tapi biarlah ia nya dengan izin Allah swt. Amin.

No comments: