Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Kek Batik Versi Laman Suri =)

Assalamualaikum Saudara / Saudari,

BahanBAHANG :
1) Biskut Meri ( Jenama sukaHATI - Juli'es/ Munchies )
2) Susu Pekat ( Jenama sukaHATI )
3) Butter Cup ( Boleh ganti dgn Planta / Marjerin )
4) Telur 3 jibik
5) Air 1 cawan
6) Milo 1 paket kecil

Panaskan 1 cawan air dalam periuk / kuali. Bila air hampir mendidih saudara / saudari blh masukkan susu pekat 1 tin. Kacau perlahan2 sehingga bau susu spt minum susu panas di kedai mamat. ( Tapi gambar takde sbb terlupa makcik nak snap )

Bila dah sebati susu dan air, sila masukkan milo. Kacau perlahan2 supaya milo sebati dalam susu. Jangan biarkan milo berketul2 dalam kuali / periuk makcik2 sekalian.

Teruskan kacau adunan sehingga sebati. Kemudian masukkan butter cup dan terus kacau sehingga butter cup cair dalam adunan.

Pecahkan 2 jibik telur dalam mangkuk dan pukul sehingga telur menjadi gebu2 mcm pemilik Laman Suri =P. Curahkan pukulan telur ke dalam adunan perlahan2 dan kacau lagi lagi dan lagiiiiii...

Saudara / saudari boleh masukkan serpihan biskut meri sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Tapi make sure adunan di biarkan sejuk selama 5minit utk mengelakkan biskut meri menjadi lembik kerana adunan terlalu panas. Saya patah2 kan biskut meri kpd 3 bahagian. Hampir 100 keping sy guna biskut meri utk adunan nie. Kalau nak kuantiti sedikit boleh guna stgh butter cup, stgh cawan susu, stgh cawan milo. Senang jer kan? Dan kurangkan juga kuantiti biskut meri.

Gaulkan biskut meri dan susun adunan dalam bekas jenama TUPPERWARE ye saudara / saudari
( Promote nampak ! ) Tekan2 kan adunan supaya padat.

Selepas itu simpan dalam peti sejuk Doraemon anda sehingga Kek Batik anda sejuk dan sedia utk di makan =) Sila abaikan tuna, botol air jenama TUPPERWARE ( Eleh nak promote lagi =P ) dan apa saja yg saudara / saudari npk dalam peti sejuk Doraemon sy tu.

Selamat mencuba =)

No comments: