Kemain seronok dengan title entry kali nie. Tapi dalam seronok tu ade gak risau condition Ayah kat kg. But so far my sisters ade kat sane boleh tolong tengok2 kan Ayah.
Dah 6 hari sy balik Shah Alam. Alhamdulilah dah masuk ofis. And what to expect melainkan dr kerja yg melambak2. Ade sikit lagi nak siap. Alhamdulilah.
Ahad lepas waktu mcm nie sy otw ke Shah Alam. Kwn sy hantar. Kami bertiga gerak dr Dungun around 1pm. Sy mintak kwn singgah Mesra Mall sebab lapar dan sy nak tapau Big Apple. Lagipun ini peluang nak jejak kaki dalam Mesra Mall sebab sy tak segan nak mengaku yg sy TAK PERNAH PERGI MESRA MALL :-).
Sungguhpun sy masuk Mesra Mall semata2 untuk beli donat dan terus lari ke kereta sebab nak cepat2 sampai Kemaman sebab kami bertiga ya ampun lapar ! Donut tu untuk alas perut jer supaya takde org mengamuk dalam kereta.
Alangkah malangnya jalan otw ke Kemaman agak jammed. Jadi around 2pm sampai sana kwn ckp tak payah la singgah kedai yg die planned nak lunch tu sebab dah lewat dan lauk pauk maybe dah habis. Al maklum kedai kat tepi sungai tu katanya ramai org. Kempunan nak lunch kat tepi sungai. *Sigh*.
Kami singgah beli keropok lekor sebab kiriman dr org2 KL tu kan yg batak nak merasa keropok lekor original Terengganu. Jadi sy berbaik hati beratur almost 45minutes utk dapatkan keropok lekor.
Jadi dr Kemaman kami gerak around 3.30pm. Dalam kereta kami bertiga mengisi perut dengan donat. Niat dihati nak makan ikan singgang di KL jer. Ok lah, demi ikan singgang pujaan hati sanggup kami berlapar. And guess what time kami sampai Shah Alam?
........................................................................................................
Kami sampai rumah sy jam 630pm. Giler ker tak 3jam jer dr Kemaman ? Memang lah gilerr speed 190-200/km guna Honda kepunyaan kwn sy tu. LS kat belakang asik makan donut dan keropok. Lepas tu sandar kat pintu, lepas tu sandar kat seat depan. Macam kau lepak atas lantai kat rumah kan?
Itu pun ade jugak sebijik kereta idaman hati memotong kami dengan rakus sekali. Agaknya berapa lah meter die speed kan? Bak sy ckp kat mrBoo "Laju lah basikal awk, dan kelip mata skali jer terus hilang, dok dan nak kejor" . Kalu itu sy gurau dan menipu tp Volkswagen Golf tu betol2 laju seyh !
Kalau dengan mrBoo sy ckp "Laju awk kayuh smpai terbang baju sy duk tepi jalan. Abis mata masuk habuk". Sekali lagi kalau itu sy gurau dan menipu tapi kalau pasal Volkswagen Golf nie bukan takat baju terbang, kang skali ngn org boleh terbang sama.Laju huiiiiiii !
Sampai Shah Alam, sy singgah rumah dulu nak hidupkan kete. Dengan lafaz Bismillah dan kereta berjaya dihidupkan. Ya ampun 2minggu tinggalkan kereta, kotornya berhujan panas.
............................................................................................................................
Kami tak pergi KL pun makan ikan singgang kali nie. Kami makan lunch+dinner kat Shah Alam. Lapar kan? Kami ke Restoran Thai. Banyak food di order. Tomyam campur + Lala masak sambal + telor dadar, kailan ikan masin, puyuh masak sweet sour dan kerabu mangga. Terbaik kan? Tapi sy tak makan burung puyuh. Kwn sy kata sedap macam ayam. Takpe lah, terima kasih. Gluuuppppp !
Lepas makan sy potong rambut kejap kebetulan sebelah kedai tu ada saloon. Then depan kedai tu pulak ada kedai hadiah. Terus kwn sy ajak masuk kejap carikan teddy bear utk kekasih hati di Dungun. Eleh sweet lah sgt. HAHA.
Lepas settled suma gerak balik umah sy lagi. Dorg tolong hantar barang naik atas. Then dorg gerak balik Dungun around 12am.
Esok pagi sy dapat msg "Aku sampai Dungun dh nie" at 3.30am. Gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr !
No comments:
Post a Comment