Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Aku & Bff - Bff & Aku

Skrg almost 4months sy ditinggalkan bff. Hoii sedih tahu tak masa mula2 dia ckp nak pindah.  Mcm tak pecaya tapi diam2 jer harap2 dia ubah fikiran.

Tapi keputusan dia kali nie tetap nak pindah jauh dr sy. Kau tak rasa sedih ker bila kau kenal dan bersahabat baik hampir 7 tahun tetiba akan berjauhan?

Semalam sebelum tido bff text sy, terkejut okeh sebab dah lewat malam. Ini mesti kes rindu sy pastu teringat kenangan kat Shah Alam. Bila berjauhan sy dah tau waktu kat sana dia akan tido around 9malam! Kalau lebih dr jam 9 tu dah kira lewat sebab esoknya pepagi jam 6 dah terang benderang.
I tried to do print screen the text tapi galaxy ku mcm sudeyy biol. Macam jugak nk mintak baru!*sigh* Hoiiii jangan lah pelisssss baru 5bulan kita bersama!

“ko dh tido? Ingat tak time kt hstel ko tngah solat aku jatuhkan kipas, pecah tapi ko tak tnya pn kipas tu ok ke tak? Ko tnya aku tak apa2, susah nak jmpa  kawan mcm kau bla jauh bru ingat”

Im so touched ! I replied the text with positive words jer, tamo laa sedih2 as long as kita ingat to each others and bla.. blaa.. blaaa.

Back to 7 years ago masa kami kat hostel kolej, kami lain2 bilik tapi dia selalu dtg lepak kt bilik sy. The moment yg dia jatuhkan kipas dr atas katil betol2 depan sejadah sy tgh solat. Mau tak tekejut beruk! Tapi sambung kusyuk habiskan solat dulu. Terus dia mintak maaf, 1st thing bukan sebab jatuhkan kipas tu tapi  sebab dia rasa bersalah mengganggu solat sy. Dia beria ganti kipas tu. But the thing is, we are respect to each others sebab lain agama.

Satu hari kat hostel, dia baru balik dr giant dan dtg bilik sy kasi kerang. Ohh im so sooooo touched ok! Ada ker bff nak belikan kerang yg belum masak bwk balik hostel. Sebab dia tau sy suka kerang. Dah tu bukan susah nak rebus atau stim dalam rice cooker jer pun J. Terimakasih dgn memori tu.
Walaupun momen kat hostel cuma lebih kurang 6bulan sebelum masing2 pindah ke rumah sewa tapi kami decided utk tak stay at one house. Dan selama hampir 7tahun  kami berkawan baik sebelum bff pindah. Masa kat hostel, setiap malam dinner sama2. Pastu ada one time bff ajar ckp cina, boleh laa limaenam  ayat tapi sy dah lupa. My bad !

Dulu time study kami selalu jalan kaki kesana kesini. Teringat dulu naik bas tunggu bas, pegi sana pegi sini, naik komuter, LRT, Monorail, itu kami ! Tapi sekarang momen tu dah berlalu tapi ingatan tetap jadi kenangan.

Pernah sekali bff mintak sy buatkan rambut dia transform jadi rasta. Yg tocang kemain kecik2 dr depan sampai belakang tu. Mula2 ingatkan sy boleh buat tp bff tak puas hati sebab bukan transform jadi rasta tp jadi kusut serabai ada laa. Kau daya nak buat kecik2 tu sampai jari jemari kau merah lenguh ? Kuasa ahkak tau. Hahaaa. Act, bff mintak buatkan mcm tu sebab dia nk balik Sabah that day. Sorry kau naik fligh tapi rambut kau tak seperti yg kau harapkan.

Penah sekali waktu kat hostel, bff yg bilik tingkat bawah sanggup naik 3 kali ke bilik sy kat tingkat 2 semata2 nak tunjuk yg that day dia pakai punjabi suit. Tapi malangnya sy tido, dia pulak tak kejutkan sy. Bila sy ada presentation masa final year utk subjet English Communication, punjabi suit tu lah yg sy pinjam utk pakai hari presentation sebab tajuk presentation sy ‘Deevali Day Celebration’ J.
Sweet bila bff ajar dan buatkan biskut makmur utk sy yg suka mkn nie. Dan kami mmg sama2 kuat mkn. Letak  jer apa pun sume licin kami bedal. 

Yang penting, no heart feeling. Apa pun yg terjadi, the most important thing is we need to be honest, trust each others, respect each others. Cheers !

***Teringat satu moment dan nak text bff, bye!

No comments: