Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Update Ayah - December,26 2011

Assalamualaikum,

Pagi tadi doc cakap Ayah boleh discharge dulu. Diagnolisis akan buat kemudian. Tapi Ayah tak stabil lagi. Keadaan Ayah banyak yg lemah. Malam tadi pun lemah lagi. Lepas pergi toilet terus tak boleh gerak. Nak naik baring atas katil tak boleh. Tapi sampai sekarang nie dah petang Ayah belum discharge lagi dr ward. Since tengahari tunggu doc kasi surat utk discharge dan surat utk dtg register dan admitted balik in 2,3 days. 

Tadi doc bagitau 3rd sis utk diagnolisis akan buat melalui pusat. Jadi balik rumah kene cuci bahagian pusat hari2 dan doc bekalkan ubat-ubatan. Tapi petang td doc bagitau balik akan buat diagnolisis melalui leher. Doc akan buat operation dan diagnolisis melalui darah. Itu yg doc bagitau dan senang utk kami faham. Tapi bahasa saintifik perubatan mungkin lain. Dan kalau diagnolisis melalui leher, cuma kene ulang alik hosp. seminggu 3kali. Itu lebih bagus dr diagnolisis melalui pusat dan kene hari2 bersihkan. Risau juga.

Petang esok nak bawak Ayah cuba perubatan alternatif secara kampung. Cuba dulu dan tawakal. Dalam bahasa yg senang doc bgtau kami, kuman disekitar buah pinggang yg rosak selalunya around 10. Tapi tak pasti 10 apa yg dipanggil. Mungkin meter perubatan. Tapi kuman di buah pinggang Ayah dah 30. T__T. Itu dah terlalu teruk. Semoga Ayah sihat selepas buat diagnolisis. Amin.

 Sy nak kongsi yg mana Ayah sy boleh kena heart attack. Ramai yg terkejut bila Ayah sy tak pernah hisap rokok since zaman budak2 mahupun zaman muda. Tapi kenapa boleh kene jugak heart attack??? Itu semua adalah dari pemakananDoc bagitau saluran pernafasan Ayah tersumbat bukan disebabkan oleh asap rokok mahupun apa sahaja yg berkaitan rokok. Tapi disebabkan dr pemakanan. Dan doc bagitau saluran pernafasan Ayah tersumbat oleh lemak dan minyak pemakanan.

Kita yg masih sihat nie, baik amalkan cara pemakanan yg sihat dan menjaga tubuh badan. Kita tak tahu apa yg akan terjadi dikemudian hari. Wallahualam.

Sebelum terlambat sy kongsikan satu cara. GAYA HIDUP SIHAT

No comments: