♫ Air pasang pagi surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Pokok bunga ros letak luar rumah ♫
Hari nie tak pergi mana2. Bangun pagi terus siram tanaman peliharaan. Tengok bunga ros mcm tak berapa nak segar jer, tengok pokok kaktus pun mcm tak sehijau hari tu T__T. Kita siram air byk2 kasi dia segar hari nie. Kalau hari kerja tak boleh nak belek2 pokok bunga. Pagi jer sebelum keluar pergi kerja kita siram. Petang dah sampai rumah sempat jeling jer kat bunga ros letak luar pintu tu. Takder masa nak belek2 sebab penatt.
Semalam online dan tengok semua blogger duk cite pasal kesedihan ibu bapa dan kebodohan si anak Alif Alfian Rosli. Kesian orang tua dia buat mcm tu. Kalau pun merajuk ngn orang tua sebab tak kasi belajar luar negara sebab tak cukup duit, jangan lah sampai kau merajuk bertahun tak contact mereka. Pulak tu ko pergi kahwin gay tu MasyaAllah... Apa nak jadi? Duduk sana ingatkan sambung belajar yg mcm ko nak sgt tu, tapi sebenarnya bercinta dgn gay.
"Semoga Tuhan bukakan pintu hati ko dan limpahkan cahaya keinsafan. Amin."
Hari nie ingatkan nak pergi gym. Tapi semalam kawan call kate nak pinjam turbo hitam sy sebab kete die masuk bengkel. Ok lah, amik lah satu hari. Sy pergi gym besok je lah. Hari nie duk umah kemas rumah sikit2, lipat baju, online, makan. Itu jer kerja sy. Eh2.., mcm nak masak bihun lah.
No comments:
Post a Comment