Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Ayah Masih Tak Sihat T___T

Hari ketiga sy balik Dungun dgn emak kan, then a day after tu sy dan emak pegi K.Terengganu lagi nak melawat ayah. Sampai hosp. belum pukul 1 jadi tak dibenarkan masuk ward 2 orang. Jadi sy masuk dulu emak tunggu kat bawah. 

Masuk jumpa ayah then ayah bagitau doctor kata hari nie boleh discharge.. Lega ! Tapi operation ditunda lagi sbyk 2 kali. Lepas tu sy ada jumpa nurse tanya berkenaan operation dan next appointment with doctor. Rasa tak sedap hati sebab operation ditunda lagi. Risau kesihatan ayah getting worst T____T. Apa pun sy settle kan dulu document, ubat, dan bil hosp then kami gerak balik Dungun. Sy drive all the way pergi dan balik.

Hari discharge dr ward ayah ok, nampak sihat boleh berjalan. Dan ayah pun cakap dia suka balik rumah sebab kat hosp. takde buat apa asyik baring jer rasa badan tak berapa sihat plus aircond yg kuat. Next day tu pagi2 sy bawak ayah pergi hosp. Dungun pulak utk hantar surat dan dapatkan appointment baru utk jumpa doktor pakar dan date operation. So next appointment is 3rd January 2012.

Balik dr hosp. ayah baring kat sofa. lepas tu sy keluar pergi bank. Bila balik rumah tengok ayah tidor. Emak ckp ayah tak sihat. Balik dr hosp. tak boleh bangun. Nak berjalan pun tak mampu. Risau lah sy masa tu, then kejutkan ayah makan ubat utk tengahari. Dah petang sikit baru ayah boleh bangun dan berjalan.

Tapi, setiap malam ayah demam. Badan jadi lemah. Malam yg sy nak balik Shah Alam pun ayah demam T___T. Sy kene balik Shah Alam after cuti 8hari. Serba salah dibuatnya. Sehari selepas sy balik Shah Alam, kakak bawak ayah pergi hosp. due to demam setiap malam. Doctor check up ayah then doctor kata ayah tak demam. Tapi disebabkan penyakit jantung yg buatkan ayah jadi lemah. Doctor bgtau dalam badan ayah banyak air. So jantung jadi lemah. Doctor nasihatkan ayah kurangkan minum air, tak boleh makan nasi berkuah utk elakkan kandungan air yg banyak dlm badan. So doctor bagi jugak ubat demam dan vitamin.

Lepas 3 hari sy balik Shah Alam, emak call bagitau ayah tak sihat. Ada masa boleh bangun ada masa hanya baring T___T. Ya Allah...... Sy risau kesihatan ayah.

"Ya Allah, sembuhkan penyakit ayah dan kurniakan kesihatan yg baik, amin"

No comments: