Assalamualaikum,
Kenapalah rasa haru sgt hari nie. Hati mcm tak tenteram. Keje kat ofis mcm biasa. Serabut mcm biasa. Takde pulak temperature naik. Jiwa seakan sunyi. Mungkin sy tahu kenapa tapi sy masih mencari jalan dan teruskan berdoa semoga apa yg sy 'hilang' akan kembali pada sy sikit masa lagi. Insyaallah.
Tapi tahap haru pilu mcm tak boleh blah dah nie. Balik keje lipat baju, mandi solat then nak masak bihun goreng. Sampai skrg pun tak tergoreng lagi. Takde mood betollah. Banyak sgt nie benda duk fikir. Back to basic, atas sejadah jugak sy mengadu dan memohon lepas Isyak td.
"Ya Allah, dugaanMu bukan sebarang dugaan, kalau Engkau nak menguji pada siapa saja Engkau turunkan ujian. Aku hanya mampu memohon dan terus berdoa supaya jiwa ku lebih tenang menghadapi hari2ku kerana Engkau telah memanjangkan umurku utk melalui dan merasai kenikmatan dan kekuasaanMu"
Besar ujian dari Allah swt besar jugaklah kenikmatan yg akan kita rasai. Jangan berputus asa, itu yg penting. Kalau nak kata "budak kecik tak payah fikir pasal masalah. Rasa nak jadi budak kecik sampai bila2". Itu bukanlah satu kehidupan kalau kita sentiasa berada pada tahap yg sama. Tiada tua, tiada besar, tiada masalah, tiada penyelesaian. Itu bukan kehidupan.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment