Ini tabung ayam. Sinonim sangat dengan zaman dulu. Kalau zaman sekarang ada orang still guna tabung macam nie dah kira oldskol gituw :-) Mungkin sayang nak buang tabung dari zaman kanak2 kan.
Teringat tabung saya zaman kanak-kanak dulu. Tabung warna kuning bentuk jagung. Tapi sekarang dah takde T___T. Sebabnya saya pecahkan untuk amik syiling. T___T. Dan hasil syiling tu dah lupa saya bank in atau saya habiskan kat kedai. T___T. *Zaman kanak-kanak riang*
Sy suka macam nie. Simple and kreatif. Tapi takde lubang nak masukkan coins. Terpaksa kene bukak penutup botol.
Tapi sy rasa skrg nie sy paling kreatif. Guna bahan terbuang. Tak payah nak beli tabung sgt lah kan?
Ini tabung sy. Teheheheee. Bekas minuman Starbucks :-). Boleh asingkan coins. Kalau my sis kan dia suka kumpul coins paling besar saiz die, mestilah 50sen ! Sebab die cakap coins 50sen bila kumpul cepat jadi banyak. Ikut matematik gitu lah kan sebab nilai die paling besar. Tapi sekarang nie kan dah ade coin RM1. So meh laa kita kumpul coin emas tu reramai. Tapi masuk tabung memasing. Hikss.
Coin RM1 yang lama tu sy still simpan. Ada dalam 20 keping. Sapa nak meh sy nak jual. Dulu waktu kerajaan nak mansuhkan coin tu, sy taktau yg sebenarnya dalam tabung sy banyak coin RM1. Pulak tu time tu sy study kat Shah Alam. Tabung kat umah Terengganu. So bila sy balik cuti, coin tu dah dimansuhkan dan tak boleh tukar kat bank. Bila balik cuti sy pecahkan tabung baru tau dalam tu ada coin RM1.
Kat Uptown Shah Alam ada kedai jual duit. Eh beli duit bayar duit? Kompius kan? Harga mak aishhh mahal. Not RM1 harge ratus2, ada jugak ribu2. Apatah lagi duit2 lama. Mahalnya aishhhh.
Harga duit bergantung pada tahun keluaran dan jugak nombor siri. Makin cantek nombor makin mahal. Makin lama duit tu makin mahal.
Tapi kalau pegi kedai bundle apesal baju dia murah2? Kan ker tu baju2 lama?
No comments:
Post a Comment