Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Petua Anak Moyang

Kenapa petua anak Moyang??? Anak Moyang maksudnya nenek lah .. Ok jangan senyum2 nak marah ahh..

Ada beberapa petua orang dulu2 yang mana dulu2 zaman skolah rajin sgt sy mem'praktikkan. Tapi sekarang nie dah bertahun2 takde nyer nak sentuh petua orang2 lama nie. Zaman skolah sy dulu cuma kenal pencuci muka Nivea. Sejak form 3 duk gosok muka dengan pencuci Nivea sampai lah sekarang nie dah tua bangka pun still Nivea adalah salah satu brang yg ada dalam list utk toilettries. Tapi kulit muka sy sangaatttttttt sensitif tak boleh kacau bilamana jerawat datang bertandang. Bukan jerawat batu pun, tapi kecik2 tu jer.. Sy nie plak tak boleh tgk ada jerawat, terus jejari runcing ku.. Oooppppsss... ok tak sengaja... Jejari tak runcing ku gatal nak picit ! Kang esok lusa mula lah parut2 kelihatan :-(.

Zaman skolah rajin sgt guna cinnamon stick.. Apa ituuuu..? Kulit kayu manis :-) Celup dalam air dan gosok di lesung batu emak. Bila keluar serbuk bercampur air mulalah tepek kat tempat parut tu. Biarkan sampai pagi. Buat 3,4 kali Alhamdulillah parut mula tidak kelihatan. Tapi INGAT !!!!! Pastikan jerawat betol2 kering baru boleh tepek parutan kayu manis. Sebab dari pengalaman sy, jika jerawat tak kering tapi berparut atau ada kesan melecet sebab jari jemarimu, sila JANGAN tepek sebab as we know cinnamon stick nie kan panas dan sedikit pedih, jadi jerawat yg tak kering itu nanti jadi lebih teruk dan parut akan jadi lebih besar. Kulit muka kita kan nipis, bila kena kayu manis yg panas dan pedih tu, jerawat akan getting worse. AWAS YA !!!
Ada juga petua anak Moyang nie yg lebih kurang sama mcm sy amalkan zaman skolah dulu. Tapi petua sy adalah yg paling ringkas dan ada juga menggunakan bahan tambahan lain. Tapi bahan asas tetap sama iaitu kulit kayu manis :-)

Amalkan Tanpa Was-Was :-)

  1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
  2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
  3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
  4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
  5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Sekian, terima kasih sudi baca petua anak Moyang :-) Peace !

No comments: