Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Mari Belajar Menggoreng Sutun !

Owh tajuk entry agak gedik gedik gituuuhhh... :-)

Actually hari nie sorg2 kat rumah jadi sy masih lg dalam misi on diet. Tapi sy rasa diet sy tidak lah sesihat diet org lain. Ini kerana sy cume berkata tidak kepada nasi tp masih lg tegar memakan food yg berminyak even sy alas dgn tisu untuk menyerap minyak2 yg terkandung dalam food yg di goreng.

Dengan itu sy telah merajin kan diri membuka freeze dan keluarkan sotong yg di beli di pasar malam semalam. dengan gigih menyucikan sotong2 sy itu.

Sediakan sebijik telur ( Ikut kuantiti sotong yg ada ) utk mencelupkan sotong yg telah di bersih kan td. Sila potong sotong mengikut citarasa memasing. Dan sy telah memotong sotong2 sy seperti bentuk cincin. Ikut petua Chef Wan, kalau takde pemukul telur sila gunakan garfu/fork utk memukul telur supaya kembang dan gebu :-)
Setelah telur menjadi gebu sila masuk kan sotong sedikit sedikit dalam bekas telur dan sila gaul m'gunakan garfu.

Setelah itu masukkan sotong yg bersalut telur tadi ke dalam pinggan yg berisi tepung goreng ayam dicampur dgn sedikit tepung jagung supaya hasil gorengan menjadi crispy. Option jika nak pedas sila tambah sedikit serbuk cili cap Babas. eceh promosi Babas nampak ! Hahahaaa...

Setelah digaul sama rata tanpa sedikit pun perasaan tidak adil kepada sotong2 di atas, anda boleh terus menggoreng dgn cara fried dry. Okey kalau dalam bahasa kampung nya menggoreng dgn minyak yg banyak supaya tenggelam semua apa yg di goreng. Senang jer kan ? :-)

Setelah sotong2 bertukar warna kekuningan sila toskan sotong anda. Sotong sy kelihatan spt pop-corn lah !
Dan tomato di atas sotong2 adalah hiasan hiasan gedik si penyedia Sotong Celup Tepung versi Terengganu :-) Tapi penyedia Sotong Celup Tepung adalah pemakan buah tomato yg tegar.
Siap utk di makan. Lalalalallala :-)

No comments: