Klik Utk Tengok Promosi Yg Super Cool

Followers

Labels

Top Menu

Showing posts with label Ayah. Show all posts
Showing posts with label Ayah. Show all posts

Hospital Sultanah Nur Zahirah - Day 13


Update dr ward 7 – Hosp. Sultanah Nur Zahirah

Bismillahirrahmanirrahim,

Where to start? How to begin?

LS sgt penat duk sini. Seriously sgt penat. Adalah satu hari LS nangis sebab terlampau penat. LS penat dengan sesi dialisis Ayah sehari 4kali. Bukan buat kat atas ward tapi kene turun bawah, jauh tempat tu. Kan dah kasitau masa free between dialisis tu 2jam jer. Selalu rushing nak makan, nak mandi tengahari atau nak settled apa2 hal.

Ada sekali tu LS balik Dungun around 10am sebab nak settled kan urusan hosp. LS naik bas. Then taktau nak naik bas apa sebab tak pernah travel by bus kat Terengganu nie. Ok, LS tanya org.
Petang tu jugak LS kene balik hosp. LS mintak kwn hantar pegi bus stand. Sebelum tu LS nak tapau food sebab lapar !

“Singgoh Mc D jap neh. Aku nak bungkus ayam goreng”

Bila depan Mc D kwn LS kemain laju jer menonong. Eh, rupanya dia nak hantar LS balik hosp. HEHEHE. Sampai half way ktorg singgah makan keropok, sotong, ikan goreng tepung kat tepi pantai. Ditambah pulak dgn air kelapa. Wahh, terbaik LS suka. Kalau tak makan tu bukan LS lah!

LS kat sini merayau waktu malam jer. Siang hari if sempat LS lunch kat Pasar Payang. Makan apa kalau bukan sotong celup tepung. 2 pinggan LS kasi licin sorg2. Kwn LS pun heran sgt lah.
Kwn LS dr Dungun hampir tiap2 hari dtg K.Terengganu temankan LS. Dia ckp kesian LS takde kwn. Kl dia tak dtg maknanya LS tak keluar dr kawasan hosp. If keluar pun kaki LS mampu menapak pegi Pantai Batu Buruk jer.

Dah lama LS kat hospital nie. Hampir tiap hari tiap malam lepak makan kat Batu Buruk, Kg. Ladang, Padang Maziah, Pasar Payang, Pasir Panjang. Eh, nasi kerabu memang terbaik kat situ. Mau tak sedap makan nasi kerabu ala Thai dengan ayam percik. Terus LS rasa lapar sambil update entry nie haa.
Ada sekali LS pg Pantai Teluk Ketapang. Oh suasana gelap gulita apa boleh bikin. Dah la jauh. Patah balik mcm tu jer.

Ada jugak satu hari, famili LS dtg sini. Then ktorg dinner kat Restoran Tenang Batu Buruk. Kwn LS pun joint sama. Ktorg memang mcm satu famili. Lepas makan separuh balik Dungun dulu,. Tapi LS, kwn, ngn abg ipar lepak Batu Buruk. Eh, cool kan ktorg lepak? Then dorg berdua gerak balik Dungun, LS stay kat hospital. Sob sob !

LS if keluar memang balik around 1am. Naik tingkat 7 suma org dah tido. LS buat hospital nie mcm hotel kan? Ada sekali tu sorg Makcik tanya LS.

“Malam nie tido sini dok?”
“Tido lah. Sy tiap2 malam tido sini”
“Mokcik tengok semalam awk balik. Bawak beg”

Haa, amek kau. Makcik tu tengok LS keluar bawak beg then tak balik. LS balik sebenarnya tapi lewat. Yg bawak beg tu sebenarnya baju2 kotor nak kasi kwn LS bawak balik Dungun.

Kwn LS pun ada masa gila jugak. LS ckp tak payah lah dtg hari2. Jauh kan? Tapi dia kata tak jauh pun Dungun-K.Terengganu. Tapi still takes around 1 hour untuk sampai. Hari2 ulang alik. Kadang2 dia stay kat K.Terengganu. Ada jugak selang sehari dia dtg. Kadang LS penat. Lepas dinner around 10malam dia hantar LS balik hospital. Then dia balik Dungun lepak minum. Lepas tu patah balik dtg K.Terengganu tengah2 malam. Motif???. Aku sungguh tak faham.

LS kadang bawak kete balik hospital. Ada sekali kwn LS call cakap kwn dia nak pinjam kete nak balik Dungun jap. Ok, LS hantar kete kat tempat dorg. Bukan jauh pun dr hospital. Turun bawah, tengok ada sebijik Persona block kete. Dush ! LS try tolak. 2 kali tolak kete tak gerak. Baru aku tau Persona tu berat. *Sigh*. Tengah2 panas tu sib baik nampak pak guard. LS panggil dia tolong tolak Persona tu. Then org yang pinjam kete ckp nak balik Dungun kejap jer kan? Time tu around 5pm. Dia siap janji malam nanti nak bawak LS ngn kwn pg makan. Ok, apa2 lah. Yang penting LS sebat ayam goreng Mc D dulu. Malam tu, kwn LS  tunggu punya tunggu around 11malam baru balik. Pastu dia buat lupa janji nak bawak pegi makan. Sgt boleh harap. Tapi takpe, LS pun tido tak hengat. Letih.

LS fully stay kat hospital kali nie. Memang tak check in hotel pun. Sebab Ayah kene pegi bilik dialisis sesi pertama at 7.30am. If stay kat hotel, korang pikir LS boleh sampai before 730am setiap hari? Atau selang sehari stay kat hotel pun LS tak berani jamin yg LS akan sampai hospital on time. Dengan air-cond yg sejuk kat hotel, sy confirmed sy akan overslept !

LS sebenarnya can’t wait to be home. Nak balik Dungun settle kan hal Ayah. Then LS kene balik Shah Alam. I need to work. Almost 2 weeks dah LS amik cuti kat office.
LS suka jer stay kat K.Terengganu nie. LS suka food kat sini sedap. LS suka environment kat sini cool. Tapi i still need to go back Shah Alam. Stay kat sini jaga Ayah dah macam bercuti. Dulu sambil jaga Ayah sambil pusing2 K.Terengganu. Tapi skrg tak boleh buat mcm tu sebab busy dengan sesi dialisis. So, waktu malam jer free. Itu pun untuk makan2.

Agak2 org kat sini dah kenal LS ker belum? Muahahahaaa. Soklan mintak penampar ! Dush !




Hospital-Day 4


Update dari ward 7 – Hospital Sultanah Nur Zahirah

Semalam kwn LS dr Dungun dtg sini. LS pesan suh amik baju kat rumah dan pass baju kotor kasi die bawak balik. Hehe die jadi runner LS.
Disebabkan LS sibuk dgn sesi dialisis Ayah sehari 4kali, so siang hari LS Cuma free 2jam jer between masa dialisis. Nak g makan luar dr kawasan hosp. tak sempat. Kene rushing. Tapi disebabkan LS dah 3hari tak keluar dr hosp., semalam kwn LS sampai pun masa free tinggal lagi 1jam. LS requested bwk pegi Pasar Payang nak mkn kat situ. Tapi die kata tak sempat so ktorg makan kat tempat yg lebih dekat ngn hosp. Itu pun tengah makan dah ader org call utk pegi bilik dialisis. Terus ktorg rushing balik hosp. Utk dialisis kul 3petang. 

Lepas sesi dialisis kul 6petang, LS bersiap mandi dan solat then keluar. Wehaaaaa barulah ade life sikit. LS makan kat Kg. Ladang umah mak mentua. Siapa mak mentua LS?  Wife ustaz Azhar. Terlampau poyo ! Sila ukur baju dibadan sendiri.
Lepas makan ktorg lepak Batu Buruk. Haiiii kemain LS suka sebab boleh lepak atas pasir pantai. Sport light pun banyak. Nak buat BBQ or nak lepak boleh sgt. Terasa macam di Pantai Bali, Indonesia. Oh, sgt terpengaruh dengan tv !
Ktorg lepak sampai kul 1 lebih. Kwn LS hantar balik hosp. Then dia gerak balik Dungun.
-
Day 4.

Kwn LS msg ckp if die takde keje ptg nanti die dtg lagi. Mak aishhh ulang alik Dungun-K.Terengganu hari2.
Itu pun LS demanding.

“Mari lah pagi. Sebab aku nak g Pasor Payang makan sotong goreng”

Tapi kwn LS kata tak sedap. Dia nak bwk LS pegi Penarik, kat situ best lepak makan seafood goreng. Tapi disebabkan takde masa entah bila boleh sampai sana. Kwn LS kata it’s take about 40minutes from hosp.
 LS tak rasa susah pun sebab tak bwk kete dtg sini. Sebab skrg nie kereta bukanlah satu kepentingan buat LS. Tak sempat pun nak merayau dalam masa 2jam. Plus, bila balik hosp. Nak parking double parking pun kemain susah. Wasting time kat situ jer. Tapi bila malam baru LS free.

Bye.


Kehidupan Di Hospital-Day 1-3

Mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.

Update dari Ward 7- Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Hari nie hari ke-3 LS teman Ayah kat hosp. LS tido sini. Setting tempat tido kemain baik. Atas tikar alas toto dan tido. Laptop sedia bersama. 

Barang penjaga lebih banyak dr barang pesakit. Iye lah, pesakit pakai baju sepital, penjaga pakai baju sendiri. Penjaga siap usung laptop buat kerja sikit. Plus, update entry jugak.
Ls tak lalu nak makan dlm ward. Nak minum pun tak lalu. Aishhh tak selera. Tapi tempat mandi dan bilik solat disediakan utk pesakit dan jugak penjaga. Ok lah.

LS turun makan dan lepak kat Batu Buruk sorg2 bila ada masa.



Petang semalam lepas Ayah buat dialisis LS turun bawah minum sorg2. Tuan gerai tegur LS. Tanya dr mana, jaga sapa. Dia tak caya LS yg muda2 nie jaga Ayah kat sepital.

“Kalu kite tak jaga Ayah kite sape lagi nk jaga” Kata LS.
Bila LS nak bayar, abg tu kata tak payah. Die belanja LS.
“Jgn gitu bang. Dok baik. Amik la nie sy bayor”
“Dakpe ah, sy belanja. Betol nie”
“Trima ksh bang”

Semoga Allah Taala murahkan rezeki org nie. Dia pesan kat LS jagalah Ayah waktu Ayah masih ada nie. Dia bgtau Ayah die dah meninggal setahun yg lepas.
LS nak bersiap sebab kul 11 kene pegi tempat dialisis lagi. Lagi 10minit. Kita simpan lappy dulu.

Tata-

Hometown


Bismillahirrahmanirrahim,

Lama LS tak update entry. Udah LS kata yg LS sibuk yg amat. Kerja kerja kerja ! LS balik kg jugak tgk Ayah yg baru discharge dr ward lepas buat small operation masukkan tiub dibahagian perut sebelum dialisis buah pinggang. Bff LS text die kata nie lah masa kite pulak jaga org tua. Adoiiiii sebak LS bace text dr die. I love you bff !


Masih ingat dgn kereta ini? Kereta yg membantu LS tatkala LS pulang ke kg menaiki bas express. Jadi kereta nie akan parking kat rumah LS berhari2 stok buat mcm kereta sendiri. Terima kasih tuan kereta.
Setiap pagi LS mandikan Ayah, kasi makan dan kasi ubat. Kwn ajak lepak pun LS tolak. LS Cuma kata if free LS akan roger dorg. Somemore dorg tahu yg LS sibuk jaga Ayah. Tapi ada jugak yg dtg kat rumah. Haa, ini lagi senang. Ls boleh tgk Ayah at the same time kat rumah. 



Waktu malam ktorg adik beradik ber’barbeque kat rumah. Makan sambil lepak. Kawan ajak keluar minum LS tolak lagi. Takper, kite spend time kat rumah tatkala Ayah tak sihat. Minum air kat rumah jer lah eh.


Kereta ini jugak LS guna waktu kat kg. Sikun si emak LS lah.  Satu pagi si emak mintak LS ker pasaraya beli groceries. Emak kasi duit beli barang dan duit minyak. Ok, bagus si anak berkata dlm hati. Tapi  sebelum keluar rumah banyak kali si anak duk ulang sebut barang2 yg patut dibeli. Sebab si anak punya tahap ingatan bukan utk long term punya. If long term bermaksud akan ingat sehingga tiba di pasaraya. Tapi ingatan si anak hanyalah sekadar short term sahaja dimana senarai barang2 yg akan dibeli akan hilang dr ingatan satu persatu. Sigh.

Lepas settled hal beli groceries tu, LS ada keluar lg dgn memandu sikun si emak. Kejadian pelik berlaku tatkala LS membelok di sebuah traffic light. Tahukah korg tiba2 *nada cemas* satu dentuman kuat kedengaran dr belakang. Dalam kepala mestilah ada org hentam sikun si emak dr blkg kan? Bila LS tgk dr cermin takde pulak kereta follow rapat. Sambil drive sambil LS fikir bunyi dentuman apakah yg sgt kuat tu tadi. Ok, fikir fikir fikir.

Sekali lagi bunyi dentuman yg kuat. Hah pintu bonet terbukak! Alah patut pun bunyi kuat sgt. LS parking tepi betolkan pintu bonet. Rupanya kunci pintu bonet tu rosak. LS drive pelan2 balik rumah. Sikun si emak pulak pintu bonet stok bukak dr tepi. Itu yg kadang terbukak akan tertutup sendiri. Dan ada jugak terbukak dan terus terbukak. Wa ilek jer parking tepi 4 kali sebelum sampai rumah. Tak segan pun org tengok. Cuma LS takut if ada kereta follow rapat nanti karang pintu bonet hentam kereta orang pulak.
Balik rumah tak pulak  LS menangis sambil hentak2 kaki mengadu malu sebab bonet terbukak. Kan LS jenis tak kisah. If org lain confirm malu. Eh mcm goood good jer. Menyampah tahu tak!

LS cuma sempat keluar makan dgn jiran LS. Kebetulan dia ada kat kg that day. Dia mintak LS amik dia. Ok, wa tarak hal laa asal kan ade kete. LS guna sikun si emak.

“Duan, kete nie pintu bonet jammed. Duan malu dok kl pintu terbuke?”

“Dakpe, Sue bwk slow2 laa”

Bagus, dia pun sepesen sy jugak. Tak malu pun kan kan kan ?
Terima kasih for the dinner Rizuan Zainal.



Emak ajak pg kenduri. Dan LS takde baju kurung. Tapi LS pinjam baju kakak. Huh besor selebeh baju die. Dah la ku sarung baju pinjam besama selipar jepun. Arghh belasah jer lah. Tak payah nak smart2.


Satu petang emak masak nasi ayam. Dan ktorg adik beradik lepak ber’picnic depan rumah sambil menjamu nasi ayam. Sesekali mcm nie best ah kan.
Aktiviti lain, LS hanta anak buah ke kelas taekwondo. Lepas tu singgah MC D sebab haritu dah janji nak belanja utk birthday. Budak2 darjah 1 kita belanja MC D pun dia dah suka sgt kan. Jimat !.



Ok, ini satu keajaiban berlaku sebab LS berjaya memandu Storm. Wahahahaa ajaib lah sgt kan. Bukan apa, LS bangga sebab korg tahu LS sgt lah lemah lembik. Sebelum nie kalau sape2 jerit suruh LS alihkan Storm kepunyaan kakak parking kat luar rumah LS cepat2 ckp “mane org reti. Storm tu besor”. Tapi skrg kasi jer bas, lori semua LS boleh drive. Takat2 kete kecik  mcm Walkswegan Golf, Mini cooper atau Suzuki Swift tu jgn ckp ah kan. Berlagak !

Waktu kt kg jugak, Pakcik kwn LS meninggal. LS pg menziarah. Sempat LS sedekah kan bacaan Yaasin depan arwah. Sambil baca Yaasin sambil LS kesat airmata dgn lengan baju. Sebak semacam. Al Fatihah.
4 hari kt kg terasa tak puas. Tapi bila mengenangkan kerja kat office rasa mcm nak terus fly balik Shah Alam. Bukan lah kerja sampai boleh jadi kaya tapi cukup lah utk menampung perbelanjaan LS. Lg pun, rutin harian berubah bila kat kg. Rasa mcm tak boleh tak pegi kerja. Sebab dah terbiasa. If 2hari tak keje ok lagi, masuk hari ketiga mula terasa lain.

LS rindu korang sebenar benarnya. Agak2 korg cari LS tak? Agak2 ada tak yg hari2 masuk blog LS tapi hampa bila takde new update entry. Sorry so sgt. I miss u too.
LS-

Ayah Ku Sayang

Assalamualaikum,

Entry bersiaran dr ofis hari nie :-(. Utk kongsi yg pagi tadi Ayah sy jatuh sakit lagi. Risau sungguh hati nie. Kalau sy duk dekat Terengganu tu kejap jer boleh sampai. Nie haa Shah Alam bukan sampai dlm 2,3 jam. Mau 5jam paling cepat.

Last week Ayah pergi hosp. Sepatutnya admit ward utk diagnolisis. Tapi bila tgk Ayah dah sihat, 3rd sis, emak dan Ayah pun taknak lah buat diagnolisis even doc check up kerosakan di buah pinggang dah bertambah tinggi. Kalau before this 3.0 tapi last week dah 3.6. Doc cakap boleh balik rumah fikir dulu utk buat diagnolisis melalui pusat or saluran darah.

If melalui pusat, after disharged dr ward Ayah kene bersihkan sendiri setiap hari. Doc akan ajar Ayah cara nak bersihkan kat rumah. Ok sgt tak sampai hati nak tgk nanti. Everyday !
Kalau diagnolisis melalui saluran darah, 1st time buat kene tebuk sikit melalui leher. Bila discharged dr ward Ayah kene ulang alik hosp. 3 kali seminggu utk diagnolisis kat hosp. Setiap kali buat akan mengambil masa selama 4jam. Kami lebih prefer Ayah buat melalui saluran darah. But kalau tak buat lagi bagus. Sebab komitmen seminggu 3kali tu takkan berhenti. Kene buat utk selamanya. Bukan kata bila dah ok, boleh kurang dr 3kali seminggu to 2kali. Nononononooooo! Kalau dah start buat diagnolisis mesti terus buat. Takde berkurang.

Pagi tadi Ayah rebah. Sy baru punch card kat opis 3rd sis call. Susah hati betol sgn kesihatan Ayah yg tak menentu. Semoga Ayah sy sembuh dan sihat. Amin.

Update Ayah - December,26 2011

Assalamualaikum,

Pagi tadi doc cakap Ayah boleh discharge dulu. Diagnolisis akan buat kemudian. Tapi Ayah tak stabil lagi. Keadaan Ayah banyak yg lemah. Malam tadi pun lemah lagi. Lepas pergi toilet terus tak boleh gerak. Nak naik baring atas katil tak boleh. Tapi sampai sekarang nie dah petang Ayah belum discharge lagi dr ward. Since tengahari tunggu doc kasi surat utk discharge dan surat utk dtg register dan admitted balik in 2,3 days. 

Tadi doc bagitau 3rd sis utk diagnolisis akan buat melalui pusat. Jadi balik rumah kene cuci bahagian pusat hari2 dan doc bekalkan ubat-ubatan. Tapi petang td doc bagitau balik akan buat diagnolisis melalui leher. Doc akan buat operation dan diagnolisis melalui darah. Itu yg doc bagitau dan senang utk kami faham. Tapi bahasa saintifik perubatan mungkin lain. Dan kalau diagnolisis melalui leher, cuma kene ulang alik hosp. seminggu 3kali. Itu lebih bagus dr diagnolisis melalui pusat dan kene hari2 bersihkan. Risau juga.

Petang esok nak bawak Ayah cuba perubatan alternatif secara kampung. Cuba dulu dan tawakal. Dalam bahasa yg senang doc bgtau kami, kuman disekitar buah pinggang yg rosak selalunya around 10. Tapi tak pasti 10 apa yg dipanggil. Mungkin meter perubatan. Tapi kuman di buah pinggang Ayah dah 30. T__T. Itu dah terlalu teruk. Semoga Ayah sihat selepas buat diagnolisis. Amin.

 Sy nak kongsi yg mana Ayah sy boleh kena heart attack. Ramai yg terkejut bila Ayah sy tak pernah hisap rokok since zaman budak2 mahupun zaman muda. Tapi kenapa boleh kene jugak heart attack??? Itu semua adalah dari pemakananDoc bagitau saluran pernafasan Ayah tersumbat bukan disebabkan oleh asap rokok mahupun apa sahaja yg berkaitan rokok. Tapi disebabkan dr pemakanan. Dan doc bagitau saluran pernafasan Ayah tersumbat oleh lemak dan minyak pemakanan.

Kita yg masih sihat nie, baik amalkan cara pemakanan yg sihat dan menjaga tubuh badan. Kita tak tahu apa yg akan terjadi dikemudian hari. Wallahualam.

Sebelum terlambat sy kongsikan satu cara. GAYA HIDUP SIHAT

Update Ayah - December,24 2011

Salam takziah kepada blogger Kak LG yg telah kehilangan ayahanda sebentar tadi kerana masalah jantung. Kak LG berkesempatan berada di Malaysia sebelum ayahanda dijemput ilahi. Sy mula follow Kak LG since 2 last years. Semoga roh ayahanda Kak LG ditempatkan dikalangan orang2 beriman. Amin.

Pagi tadi doc bagitau ayah boleh discharge today. Terus emak call 3rd  sis mintak ambik kat hosp. Tapi bila 3rd  sis sampai hosp. ada lagi sorg doc dtg check up Ayah. Then he dicided Ayah masih lemah dan tak dibenarkan keluar ward lagi. Doc cakap ptg dan malam akan check up lagi kalau Ayah dah ok, esok InsyaAllah boleh discharge.

Emak pulak tak sihat harinie. Sebab terkejut dengan kejadian Ayah pengsan mlm tadi selepas keluarkan 'alat' yg dimasukkan waktu operation. Even doc cakap itu perkara normal sebab tekanan darah rendah. Doc cakap kalau orang yg sihat pun then kene tekanan darah rendah pun boleh pening kepala dan tak bermaya.

Harap Ayah cepat sembuh. diagnolisis utk buah pinggang pun belum buat lagi. Mungkin kami akan cuba perubatan alternatif selepas ini. Mungkin berubat secara kg pulak. 

"Ya Allah, padaMu aku memohon, sembuhkan Ayah dan berilah kesihatan yg baik kepada kedua org tuaku, panjangkan lah umur mereka.Amin". 

Tengok sini :

Ayah Masih Di Hosp.

Assalamualaikum, selamat hari Sabtu semua..,

Hari nie ramai yg tak kerja kan, tak pun ramai yg amik cuti sebab Isnin pun cuti Christmas kan? So ramai dah balik kg. Sy tak balik kg pun, InsyaAllah raya cina nanti sy pulang !

Ayah masih kat hosp. K.Terengganu. Dan sampai semalam pun belum buat diagnolisis utk buah pinggang. Doc cakap darah ayah cair. So tak boleh buat diagnolisis. Doc kata tunggu darah jd stabil dulu ( tak cair dan tak pekat ). Sampai petang semalam, 'alat' yg dimasukkan kat kaki Ayah masa small operation that day pun belum keluarkan lagi. Doc cakap tunggu darah ok baru boleh keluarkan sebab risiko pendarahan boleh terjadi.

Semalam Ayah sihat. Siap mkn KFC kat hosp. Gelak2 tengok cucu datang melawat. Tapi mlm tadi doc keluarkan 'alat' yg dekat kaki Ayah tu. Terus Ayah jadi lemah dan pengsan. Then doc sambungkan balik segala wayar2 di dada Ayah T___T. Lama lepas tu baru Ayah sedar dan menyahut panggilan emak. Tapi keadaan Ayah lemah. 
Ingatkan Ayah dah boleh discharge dr ward weekend nie. Tapi keadaan Ayah kejap stabil, kejap tak stabil. Risaulah sy yg duduk jauh nie. Nak balik selalu tak boleh. Selagi Ayah tak sihat kesan dr operation tu, dan still belum buat diagnolisis, selagi tu lah sy tak tenteram. Hanya doa yg mampu dipinta dr Allah swt.

"Ya Allah, sembuhkan Ayah sy, amin."

Alhamdullilah, Syukur

 'Cantik' cakaran dan tapak kaki kucing di kereta saya

Padi tadi ayah selesai buat small operation yg nak bersihkan saluran jantung yg tersumbat tu. Alhamdullilah boleh buat kat hosp. K.Terengganu sebab saluran tersumbat tu tak banyak. Syukur tak kene hantar pergi IJN. Tapi kalau biarkan saluran jantung yg tersumbat tu ,bila2 masa boleh kene heart attack bilamana saluran tak dapat berfungsi utk mengepam jantung bg mendapatkan oksigen.

Lepas keluar dr bilik OT, ayah tak dibenarkan m'gerakkan kaki selama 6 jam. Tapi ayah gerakkan jugak sikit2 sebab dia kata lenguh. Doc cuma risau sebab kemungkinan berlaku pendarahan ditempat operation.

Tapi, diagnolisis yg doc cakap peluang utk sembuh 50-50 tu belum buat lagi. Jadi esok akan buat diagnolisis selama 4jam. Walaupun doc cakap peluang utk sembuh 50-50, tapi kita usaha buat diagnolisis dan tawakal. InsyaAllah ada perubahan dan kesihatan ayah bertambah baik. Mungkin tidak sesihat sebelum nie sebab buah pinggang ayah dah rosak, tapi as long as ayah boleh bangun dan uruskan diri sendiri. Amin.

Padi tadi ayah jatuh di bilik mandi sebelum buat operation sebab dia cakap kepala pening. Then terus jadi lembik mcm kes kat rumah. terus 3rd sis jerit panggil staff nurse. Ayah tak boleh bangun, staff nurse angkat guna wheelchair. Doakan lepas nie ayah sy tak jadi mcm tu lagi. Amin.

Hadiah Christmas untuk sahabat/rakan taulan/saudara mara 

Ayah Akan Diagnolisis Buah Pinggang Esok

Assalamualaikum,

Lepas ayah admitted Rabu lepas dan doctor kata kene buat diagnolisis buah pinggang on Sunday, 18 Dec dan saluran jantung yg tersumbah kene bersihkan on Wed, 21 Dec. Tapi malam before buat diagnolisis doctor suruh discharge dulu esoknya (hari yg sepatutnya diagnolisis). Doc ubah tarikh to Wed, diagnolisis dan bersihkan saluran jantung.

Jadi, ayah balik rehat di rumah selama 2 malam, sempat buat majlis bacaan Yassin di rumah mintak dipermudahkan segala urusan. Amin. Dan hari nie pagi2 3rd sis hantar ayah register utk admitted kat Hosp. K.Terengganu lagi. Doc mintak register before 9am sebab nak buat medical check-up ayah.

Tadi, 3rd sis msg bagitau yg doc ckp esok akan buat diagnolisis dan bersihkan saluran jantung. Tapi depands on saluran jantung if banyak yg tersumbat need refer to IJN jugak. Tak boleh buat kat hosp. K.Terengganu. Ya Allah, dugaan.

Doakan semoga ayah sy selamat buat diagnolisis dan juga bersihkan saluran jantung. Doc bagitau utk bersihkan saluran jantung kene tebuk kat area betis dan masukkan alat dr situ. Sy kurang faham apa doc explain. Kurang faham dengan bahasa saintifik perubatan. Tapi senang ckp doc sebut tebuk.

Dan petang tadi, doc bgatau yg buah pinggang ayah lemah, bila buat diagnolisis masukkan ubat, peratus utk sembuh adalah 50-50. Sebab ubat terlalu kuat dan akan effect buah pinggang. Ya Allah, selamatkan ayah sy. Doc bagitau awal2 kemungkinan yg akan berlaku, tapi ayah setuju dan sign semua surat. Doakan ayah sy selamat.


"Ya Allah, sembuhkan ayah, selamatkan ayah, dan sihatkan kembali ayah. Amin.

Ayah Admitted Ward Lagi

Tengahari tadi around 1pm ayah kene heart attack lagi. Ini kali kedua selepas kejadian 2 hari lepas. Lepas ayah discharge dr ward that day, bila kene heart attack bukan lagi sakit dada tp terus lembik dan hampir hampir rebah. Tapi nasib baik emak sedar dan peluk ayah dr jatuh.

Tadi badan ayah jadi lembik. Emak keluar rumah tgk ade jiran kat luar. Terus panggil mintak tolong. Dan hari nie no choise hantar pergi hosp. due to doctor pakar call last 3days remind 3rd sis kalau kene heart attack kat rumah terus bawak pergi hosp. Itu pun mak kata ayah refused nak pergi hosp.

Lepas 4jam ayah di ICU hosp. Dungun, ayah dihantar ke hosp. K.Terengganu. Skrg 3rd sis teman ayah naik ambulan. Doctor pun marah sebab hari tu ayah refused nak buat operation. Dan kali nie kene buat jugak, tak boleh tangguh lagi sbb risiko.

Semoga ayah sy selamat dan kembali sihat. Amin.

Update Ayah

Assalamualaikum,

Tadi call emak. Tanya khabar dan tanya pasal ayah. Mak cakap semalam terkejut tiba2 ayah jadi lembik, mata pejam, panggil tak respon. Dah lama tu baru ayah bukak mata mak ajar mengucap.

Doctor pun bagitau mak masa kat hosp. doctor kata kalau ayah tak operate nanti balik umah kemungkinan akan berlaku sesuatu. Semalam memang terjadi tp kita semua tak sangka akan jadi benda yg mcm tu. Dalam 15 minit ayah lembik dan tak bergerak. Masa tu lepas makan, mungkin saluran pernafasan terhenti sebab badan tak mampu nak proses makanan turun ke perut.

Hari nie mak ckp ayah takde apa2. Boleh bangun dan pergi toilet sendiri. Alhamdulillah. Semoga ayah beransur sihat seperti sebelum nie. Sy syg ayah sy !

Terima Kasih

Terima kasih utk kawan2 dlm fb, kwn2 kat kg dan siapa2 saje yg kenal sy dan doakan kesihatan ayah sy sepanjang ayah di hosp. Terima kasih kwn2 yg dtg melawat ayah di hosp. K.Terengganu that day. Terima kasih pd kwn fb yg tanya khabar di hp, even tak pernah berhubung sblm nie. Terima kasih pd kwn2 yg bertanya khabar even ayah dah discharge dr hosp. Terima kasih pd kwn di kg yg dtg jenguk ayah smlm even sy takde kat kg. Doa dan budi kwn2 hanya Allah swt yg mampu membalas dgn cara terbaik. Im so touched !

Ayah

Tadi baru pas cakap ngn 3rd sis. Dia bgtau ptg tadi ayah dah segar. Muka dah tak pucat. Ayah boleh bercakap, siap requested nak makan karipap. Emak ckp makan lah kalau rasa nak makan sgt.

3rd sis cakap muka ayah ceria. Tapi sy dalam hati tak sedap. Fikirkan perkara lain. Astagfirullah'halazim..

"Ya Allah aku berdoa padamu, sembuhkanlah ayah dan bagi kesihatan yg baik, panjangkan umur ayah, amin"

Keadaan Ayah Kejap Ok, Kejap Lemah

Sy sgtlah risau keadaan ayah. Ayah ada masa boleh bangun uruskan diri sendiri tapi ada masa tak boleh bangun. Setiap malam comfirm tak boleh bangun.

Hari nie ayah kat meja makan dgn emak makan tengahari. Tengah makan tetiba ayah nak tumbang dr atas kerusi. Nasib baik emak nampak dan terus peluk ayah. Emak angkat tangan ayah tapi terus tangan jatuh. Tangan ayah lembik. Bila panggil ayah menyahut. Panggillah jiran mintak tolong angkat ayah. Emak cakap dalam 15minit ayah tak boleh bergerak. Emak nak papah ayah duduk atas lantai pun emak tak kuat, emak bertahan peluk kerusi dan ayah  dr jatuh.

Bila 3rd sis dan abg ipar sampai, terus usung ayah baring kat bawah. Muka ayah pucat. Menangis lah emak call elder sister T___T. Dalam 1jam lebih baru ayah ok sikit. Bila kakak nak bawak ayah pergi hosp. ayah taknak. Risaulah sy nie. Nie mesti sebab tak buat operation lagi. Doctor dah bagitau kalau tak buat operation nanti boleh jadi mcm2 bila balik rumah.

Dan, satu mlm yg 3rd sis bawak ayah pergi hosp. sebab ayah demam tu, doctor tengok surat next appointment ayah dgn doctor pakar. Rupanya ayah yg refused nak buat operation tanpa pengetahuan emak dan anak2. Doctor yg bgtau 3rd sis. Sebab tu lah ayah discharged dr ward that day. Mcm mana lagi nak pujuk ayah nie, memang ayah ada bagitau dia takut nak buat operation, tapi ayah tak syg kami semua ker??? T___T.

Sy risau lah keadaan ayah sekarang nie. Bukan nak cakap lepas buat operation comfirm 100% ayah akan sihat. Tapi kena lah usaha dan tawakkal. Ayahhhhhh T___T. Doakan ayah sy sihat.

Sy syg ayah sy sgt sgt sgt ! No one else can replace him.

Ayah Masih Tak Sihat T___T

Hari ketiga sy balik Dungun dgn emak kan, then a day after tu sy dan emak pegi K.Terengganu lagi nak melawat ayah. Sampai hosp. belum pukul 1 jadi tak dibenarkan masuk ward 2 orang. Jadi sy masuk dulu emak tunggu kat bawah. 

Masuk jumpa ayah then ayah bagitau doctor kata hari nie boleh discharge.. Lega ! Tapi operation ditunda lagi sbyk 2 kali. Lepas tu sy ada jumpa nurse tanya berkenaan operation dan next appointment with doctor. Rasa tak sedap hati sebab operation ditunda lagi. Risau kesihatan ayah getting worst T____T. Apa pun sy settle kan dulu document, ubat, dan bil hosp then kami gerak balik Dungun. Sy drive all the way pergi dan balik.

Hari discharge dr ward ayah ok, nampak sihat boleh berjalan. Dan ayah pun cakap dia suka balik rumah sebab kat hosp. takde buat apa asyik baring jer rasa badan tak berapa sihat plus aircond yg kuat. Next day tu pagi2 sy bawak ayah pergi hosp. Dungun pulak utk hantar surat dan dapatkan appointment baru utk jumpa doktor pakar dan date operation. So next appointment is 3rd January 2012.

Balik dr hosp. ayah baring kat sofa. lepas tu sy keluar pergi bank. Bila balik rumah tengok ayah tidor. Emak ckp ayah tak sihat. Balik dr hosp. tak boleh bangun. Nak berjalan pun tak mampu. Risau lah sy masa tu, then kejutkan ayah makan ubat utk tengahari. Dah petang sikit baru ayah boleh bangun dan berjalan.

Tapi, setiap malam ayah demam. Badan jadi lemah. Malam yg sy nak balik Shah Alam pun ayah demam T___T. Sy kene balik Shah Alam after cuti 8hari. Serba salah dibuatnya. Sehari selepas sy balik Shah Alam, kakak bawak ayah pergi hosp. due to demam setiap malam. Doctor check up ayah then doctor kata ayah tak demam. Tapi disebabkan penyakit jantung yg buatkan ayah jadi lemah. Doctor bgtau dalam badan ayah banyak air. So jantung jadi lemah. Doctor nasihatkan ayah kurangkan minum air, tak boleh makan nasi berkuah utk elakkan kandungan air yg banyak dlm badan. So doctor bagi jugak ubat demam dan vitamin.

Lepas 3 hari sy balik Shah Alam, emak call bagitau ayah tak sihat. Ada masa boleh bangun ada masa hanya baring T___T. Ya Allah...... Sy risau kesihatan ayah.

"Ya Allah, sembuhkan penyakit ayah dan kurniakan kesihatan yg baik, amin"

Terengganu - Melawat Ayah Day III - Part II

Sambungan dari Terengganu - Melawat Ayah Day III.

Kawan sy tu kan taknak bawak sy naik boat pergi Seberang Takir T___T.

Tapi dia duk sibuk call kawan2 dia tanya tempat nak naik boat. At the end dia bawak jugak sy naik boat. Weeeehooooo~ Ok, kita park kete dulu dengan senyuman yg penuh dijiwa :-).


Bukan naik boat biasa tu tapi naik cruise ! Sapa tak suka kan? Naik cruise pusing2 pulau. Awesome !


Kami ker Taman Tamadun Masjid Kristal. Nung di hujung Bandar. Perjalanan dalam 15minit dari bandar. Dan ini kali pertama sy sampai Masjid Kristal :-). Kebetulan kami sampai tu, dah ada orang register utk naik cruise. So tak payah tunggu lama. Tiket cuma RM10 utk dewasa. Kami cuma beli tiket naik cruise. Kalau utk pakej RM20 termasuk melawat Taman Tamadun Islam. Kat dalam tu ada replika Masjid Kristal dan banyak tempat menarik utk bergambar. Dan juga disediakan perkhidmatan sewa basikal utk pusing Taman Tamadun. Kalau tak ikut harga pakej utk naik cruise RM10+RM15 utk masuk ke Taman Tamadun. So kalau harga pakej boleh jimat RM5. Taman Tamadun Islam cuma bersebelahan dengan tempat jetty cruise.

 Lepas beli tiket ada sedikit taklimat keselamatan oleh jurucakap cruise. Beliau menerangkan cara pemakaian jacket keselamatan dengan betul.

 Heheeee... Semangat nie nak naik River Cruise.. :-D

 Muka excited lebih bila cruise mula belayar.. Eceh !
 Eh2..,  Jam Merah tu nak interframe jugakk.. Dah 2,3 bulan tak tukar kaler.. Nanti lah eh kalau rase nak guna kaler Putih atau Hitam.

River cruise yg sy naik hari tu penuh dengan penumpang. Ok, nampak tak jurucakap cruise berdiri kat depan tu? Beliau menerangkan tentang perjalanan kami yg mengambil masa 45minit mengelilingi pulau. Beliau akan tunjukkan pulau dan kami melalui tempat2 pembuatan kapal2 besar yg berharga hampir 30juta ! Omg!

 Seronok naik river cruise, kami berselisih dengan kapal nelayan dan orang2 kampung. Mereka melambai2 kami dalam cruise. Ramah sungguh mereka kan? Sy suka K.terengganu to the max !

 Banyak pulau yg kami kelilingi dan juga kampung2 penduduk setempat. Bila tiba dibelakang masjid Kristal cruise kami berhenti selama 5minit utk penumpang cruise bergambar.


 Ok, dah selesai naik cruise. Dah pun pukul 1pm. Waktu melawat ayah kat hosp. pulak.


Selamat tinggal river cruise. I like youuuuuu.. !

Terus sy kawan sy pecut ke hosp. Berdering2 phone sy kakak & ayah call tanya kat mana. "Kejap2, A kat area hosp. jugak nie, ayah nk kirim ker?" Heeheee.. !

Siap melawat ayah, teman kakak dan emak mkn plak kat Batu Buruk. Lepas tu check in kat Batu Buruk Beach Resort. Wah best giler hotel nie tepi pantai. 

 Dari bilik terus selak langsir nampak swimming pool. Tenang sungguh pemandangan kat K.Terengganu nie.

Then kami semua turun bawak teman anak buah swimming.

 Lepas swimming naik atas salin baju. Then jalan2 kat Pantai Batu Buruk. Ada pulak menatang alah nie. It's AVT actually tapi dorang main atas pasir pantai bukan dalam hutan. Much fun ! Sewa motor transformers nie cuma RM13 dan boleh pusing2 around 15-20 kali sampai battery habis.

 Lepas main AVT kami jalan tepi pantai. Ada satu event anjuran Quicksilver. Terengganu Quiksilver Best Event Surf Contest.  Ada games dan main papan luncur. Wah best gilerrrr ! Best gilerrrrr tengok org main lah, bukan sy yg main. Muahahaaa!

 Gilerrr best bersantai tepi pantai plus ramai gilerrrr org. Dah rasa mcm kat oversea plak. Macam2 ragam pengunjung kat sini.

 Patutlah kawan sy kata best duk K.terengganu sebab banyak aktiviti. Much much much fun here babes !

 Happening lah event anjuran Quiksilver nie. Mane tak happening, kata Quiksilver !


Ramai org main papan luncur, ramai jugak yg mandi mandi. Ada sebijik belon Quiksilver kat dalam air. Best ah event nie.


Pas jalan2 tepi pantai nie, sy,emak dan kawan gerak balik Dungun. Sy pun dah kehabisan pakaian nak stay kat K.Terengganu. Elder sis stay kat hotel. Senang dia nak gerak pegi hosp. tgk ayah. Kami sampai dungun around 8pm. So tired. Malam tu tidur sy lena selenanya.

Ok, bye :-)

Terengganu - Melawat Ayah Day III

Selamat pagi K.Terengganu, sy masih disini :-)


Tak malu nak cakap yg sy mcm batak bila berada di K.Terengganu. It's owesome babeh ! Tak malu jugak nk bagitau sy jarang sekali ke K.Terengganu. Setahun mungkin ada sekali. Patutlah ada kawan bgtau dia suka stay Terengganu even dari kecik. So no wonder lah dia selalu tanya sy taknak balik duk Terengganu ker? Now, bila sy berada di K.Terengganu baru sy sedar bandar nie best dan owesome! Tengok tempat jugak, kalau kat Dungun mcm takde apa2, Kemaman pun mcm biasa jugak. Tapi kalau nak best dtg lah K.Terengganu. It's really2 awesome i tell u ! Believe me :-).

Hari ketiga kat hosp. sy jenguk ayah dulu. Then before doctor dtg check up patient around 9am, semua penjaga tak dibenarkan berada dalam ward. So sy bagitau ayah sy nak jalan2 kat Pasar Payang lagi. Nanti waktu melawat 1pm -2pm sy dtg balik.

Sy dan kawan ( jiran kat Dungun ) breakfast kat Pasar Payang. Nasi Air dan Sotong Celup Tepung ! Gilerrr sedap !!! Gilerrr kalau cakap tak sedap. Macam2 food boleh jumpa kat sini. Huh, sampai jeans pun boleh ketat dalam masa 3 hari *sigh* Mcm mana nie ? Lepas makan sy pusing2 kat bawah Pasar Payang, tengok boat dan pemandangan sungai yg tenang dan semesti awesome !


Boat nie bawa penumpang dari Seberang Takir ke bandar K.Terengganu. Boat akan singgah di jetty Pasar Payang. Tambang cuma RM1 utk sehala.

Nie jetty tempat boat hantar/ambil penumpang

Suka tengok keindahan sungai.. Tenang dan semesti awesome
!
Lepas tu sy mendaki Bukit Puteri. Tak jauh pun cuma depan jetty tempat boat tadi. Ketinggian tak pasti berapa kaki. Tapi agak2 mcm kita naik tangga tingkat 4 jer. Pemandangan dari atas sgt cantik.

Bila dah sampai atas kita boleh nampak pemandanagn jetty dan sungai.

Kat sebelah bahagian tepi Bukit Puteri boleh nampak pemandangan bandar.

Actually sy pernah datang sini one time mase sekolah rendah. Ayah yg bawak kalau tak silap mase tu dalam standart 4. Tapi dulu tempat nie takde lah cantik mcm sekarang.

Bukit Puteri nie sebenarnya tempat sejarah. Ada beberapa bijik meriam yg dipamerkan. Dan juga cerita mengenai sejarah dulu2.

Ini adalah lubang ubat bedil. Mengikut sejarah yg ditulis, lubang ubat bedil ini digunakan utk menyimpan bedil yg digunakan semasa berlaku peperangan saudara pada tahun 1831 & 1839.
Dari atas bukan saja boleh nampak pemandangan bandar tapi juga sungai kat belakang Pasar Payang.

Testing.. Testing..


Yang ini namanya Genta. Kira loceng besar yg digunakan utk memberitahu jika berlaku sesuatu musibah seperti kebakaran atau peperangan.

Oh ya, nak naik atas nie ada bayaran. Dah sampai atas nanti ada sebuah pondok pengawal dan boleh buat bayaran disitu. Tak mahal pun, cuma RM1. 

Sesuai utk bawak anak2 jalan2 waktu cuti sekolah nie. Juga sesuai utk photoshoot kahwin :-)

Turun dari Bukit Puteri duk fikir2 lepas nie nak pergi mana. Tengok jam baru 11am. Waktu melawat ayah jam 1pm-2pm. Sy nie nak sgt naik boat. Tapi kawan sy ckp takde apa2 kat Seberang Takir. Food court kat jetty Seberang Takir pun bukak waktu ptg. Sebab sy nakkkkkkk sgt naik boat sy duk pujuk kwn ckp kita naik jer nanti sampai sana tak payah turun then patah balik ke jetty Pasar Payang. Boat tu pun sy tengok tak tunggu penumpang lama2. Ada 2,3 orang pun dia jalan jugak. Tapiiiiii kwn sy tu kata tak payah ! T___T.

Bila lagi lah agaknya boleh sampai sini? T___T.



Terengganu - Melawat Ayah Day II

Selamat pagi Kuala Terengganu :-)

Pagi2 lagi dah bangun jam 6am. Kes yg tak boleh tido tu lah. Terus mandi dan solat. Sambil bersiap sambil kejutkan kakak solat Subuh.

Jam 7am dah gerak pegi hosp. Dekat je pun hotel ngn hosp. Tapiiii.., terkial2 sy drive sebab kereta pinjam tu gear automatic ! Ngeh3 ! Ok2, sy last drive kete gear auto nie masa end of January this year. Mau tak terkial2 tangan kiri asyik nak action mcm nak tukar gear. Walhal dah auto kete tu senang jer kan? Lagi satu 1st time break tu mak aishhhh mcm boleh buat drift kot ( ok tipu :-P ). Bukan apa, kalau bwk kete manual ofkos kita tekan cluth sampai habis then tekan break kan. Dalam kepala nie mcm bwk kete sendiri, sebab tu tersalah tekan break sampai habis ! Tapi sekali jer kejadian mcm tu berlaku. Lepas tu dah ok. Steady :-P.

Pegi hosp. jumpa ayah. Temankan ayah then keluar jalan2 kat Pasar Payang ngn 3rd sis. Huhuuuuu best kat sini. Jujurnya sy last datang Pasar Payang masa sekolah rendah. Ayah yg bawak pegi situ. Dan sekarang suasana masih sama, masih ramai org. Kalau bab food jangan cakap lah, memang heaven ! Lepas round Pasar Payang ktorg balik hotel. Lepak makan sambil sembang2. Tak cukup ngn food kat pasar, sy call kawan mintak hantar Mc Donalds sebab 3rd sis dr semalam nak mkn ayam goreng spicy tp takde rezeki jugak. "ayam goreng spicy takde, ayam goreng original jer yg ada". Boleh lah burger pun burger lah plus ice cream.

Lepas makan sy mandi bersiap nak check out jam 1pm. Packing sepantas kilat sebab nak pergi tgk ayah kat hosp.

 Hotel nie not bad lah.. Air cond sejukk.. tapi kenapalah sy tak boleh lena *sigh*

 Wardrobe pun ok, kerusi single pun ok tp ktorg tak duduk pun kasi letak barang jer.. Peti ais pun ada cuma tak berapa nak sejuk.

 Aircond sejuk sgt, so pagi tu ktorg bukak kipas jer, punnn sejukk jugak..

 Hoii bersepah tahap pemalas. Dua2 pemalas dan dua2 stock suka sepahkan bilik bila tido hotel. "org suke duk hotel sebab tak pyh susun brg mcm kat bilik" Sapa setuju dan sependapat dgn sy ? :-P

Before check out, kasi inter frame adik beradik sikit. Sapa agak lagi cun? Me or her? Ngehngehngeh..

Ok, petang lepas solat Jumaat tu ramai dtg melawat ayah. Jiran2 dan saudara mara. Jadi sy kat hosp. sampai petang. 3rd sis dah balik petang tu. Tinggal sy sorg jer teman ayah. Emak tak dpt datang sebab kurang sihat. 

Malam tu sy keluar makan dgn kawan. Actually kawan sy nie jiran kat Dungun. Dia pun datang melawat ayah jugak and stay kat K.Terengganu. Itu yg senang sy nak gerak dr hotel sebab guna kete dia. Nak beli barang ayah pun senang. Kawan sy stay kat somewhere yg dekat jugak dengan hosp. dan hotel. Itu yg senang guna kete dia jer.

Lepas makan ktorg lepak kat Padang Maziah. Eh2.., ada pokok2 lampu mcm kat I-City Shah Alam.

 Teehee~ Sama tak? Boleh tahan ramai lah org lepak kat sini. Tak terasa mcm kat Terengganu tapi mcm kat Dataran Merdeka KL.. Hehee..

 Try zoom-ing juga digital Samsung. Not bad lah :-D. "Allah Peliharakanlah Terengganu"


Lepas lepak tu sy pusing2 kat tempat Monsoon Cup. Bukan pusing2 dalam air tp kat  area situ2 lah. Wah heaven sungguh angin laut tengah2 malam. Then ada jugak ala2 Uptown, Downtown, Danau Kota dan apa2 lagi lah yg org KL panggil town2 tu.. Meriah jugak, ramai org. Belum pusing kat Kg Cina lagi, dah rasa mcm kat Melaka sebab bangunan mcm pekan koboi. I Likee !

Malam tu sy tido hosp. Mata dah pedih kan. Nak tido kat sebelah katil ayah tak lena. Nak lepak kat kerusi tempat menunggu bawah pun tak lena. Last sy pergi tempat parking tido dalam kete. Huh sib baik tak de nyamuk. Lena sampai subuh ! Sib baiklah seat kete dah mcm sofa. Itu yg lena terlebih2 plus mlm sebelum tu kat hotel kan tak tido *sigh*


Terengganu - Melawat Ayah

Assalamualaikum,

Dah 8 hari tak jenguk sini. Rindu sgt okeh. Pagi tadi sy sampai sini around 6am, tido jap then masuk office. Kerja jangan cakap bertimbun, sampai tak tahu nak mulakan mana satu. Perlahan2 kasi settle sikit2. Janji jangan ada orang pressure kita.

Last week pagi Khamis sy gerak balik Terengganu. Tak singgah Dungun dah, direct to Hosp. K.Terengganu. Sebak sepanjang perjalanan mengenangkan ayah masih dalam ICU dari semalam.  Bila sampai sana ayah baru ditukarkan ke biasa ( Jantung ) di tingkat 7. Elder sis yg dr JB pun sampai ptg tu. She go to doc and discuss about ayah yg kene buat small operate yg sepatutnya on Monday, 5th Dec. Doc trace ada saluran pernafasan yg tersumbat thats why sesak nafas ( heart attack ) plus buah pinggang yg bermasalah. Doc cakap kalau tak buat operation tu nanti next time jadi lagi ( heart attack ).

Masuk lawat ayah, tapi tak boleh masuk ramai2. Doc kasi masuk 2 orang jer. Ayah masih lemah. Alhamdulillah masih mampu bercakap dgn anak2. Tapi budak kecik strictly tak dibenarkan masuk ward melawat. Ayah berkali2 requested nak tgk his youngest grandchild, Qaseh. So kasi ayah tengok Qaseh melalui cermin pintu jer T___T.

Malam tu elder sis bawak emak balik Dungun due to nak rest kat hosp. teman ayah tak selesa.  Emak pun bukan sihat sgt utk jaga ayah. Plus bilik sewa yg hosp. sedia kan semua dah full. Jadi sy dan 3rd sis yg teman ayah. Ktorg check in kat hotel near by hosp. after Maghrib. Lepas mandi dan solat ktorg keluar makan Ikan Bakar. It's yummy but apalah nak disedapkan sgt sbb ayah kat hosp. T___T.

Malam tu lepas dinner kat luar singgah hospt. kejap tgk ayah then kwn hantar balik hotel. Lepas solat Isyak duk sembang2 ngn 3rd sis then dia sambung mkn order from room service. Jam 12am dia dah lena. Sy nie pusing kanan, pusing kiri tengok jam almost 1am. Tak lena lagi. Sekali terjaga tengok jam around 3am. Sambung pusing kanan, pusing kiri, kanan lagi, kiri lagi terus tak boleh lena. Alkisahnya sampai ke subuh !


Ayah Sy Kene Heart Attack Lagi

Assalamualaikum rakan bloggers,

Petang tadi ayah sy dimasukkan ke hospital selepas sakit dibahagian dada sejak malam tadi. Ini merupakan kali kedua ayah sy dimasukkan ke hospital selepas kali pertama pada akhir December 2010.

Sampai skrg ayah masih di ICU Hospital Dungun, Trgnu. Kakak sy bgtau ayah kene masukkan wayar melalui hidung dan bahagian dada dipenuhi wayar. Ayah dalam keadaan sedar tp lemah.

"Ya Allah, sembuhkan ayah sy dan panjangkan umur ayah"

Doakan utk ayah sy T__T.